Jumaat, 28 Februari 2014

Berjinak-Jinak dengan dunia Jahitan


Sebelum ni memang aku tak reti nak menjahit.. klu jahit pun setakat butang atau kancing kain baju kurung yang dah tercabut.. tapi dua tiga menjak ni aku rasa macam best plak menjahit.. Dua kakak ipar aku memang pro la bab menjahit ni.. jadi banyak jugak la tempahan dari kawan2 aku yang nak khidmat jahitan dia nih.. so mari layan gambar benda yang dah siap dijahit oleh mereka.


Ni baju untuk budak kecik..

 

Ni plak tilam baby 

Ada lagi dua tiga tempahan tapi tak sempat nak ambik laa.. huuhu.. jadi bleh la klu nak tempah ngeeee

The Exorcism of Emily Rose



Haa tajuk ni terbit dalam fikiran aku sebab pada hari Selasa yang lepas 25 Februari 2014.. aku ada tertengok movie ni kat Fox Movie klu tak salah laa.. cite pasa seorang budak kolej yang bernama Emily Rose yang dirasuk oleh 6 jenis syaitan dan menemui ajalnya.. Yang menarik minat aku adalah cite ini adalah kisah benar yang terjadi di negara Jerman.. Jadi aku pun memulakan pencarian Google aku berkenaan cerita nih..

Jadi apa yang aku jumpe??.. tadaaa.. sila la tengok k.




Budak yang dirasuk tu nama dia Anneliese Michel.. Lahir pada 21 September 1952.. tu gambar dia masa sebelum dirasuk..



Ok..gambar belah kanan tu selepas dirasuk dan mati ok.. agak horror jugak laaa.. huhuhu.. mengikut kepercayaan kristian budak ni adalah macam santos bagi merekalaa... kira macam "nabi "diaorang jugak la sebab mengalami kecederaan stigmata yang amat ketara pada anggota badan dia..  budak ni memilih untuk mengorbankan dirinya kepada syaitan2 tersebut agar umat kristian tahu kewujudan syaitan kat muka bumi nih.. 

Perspektif Islam : Kita adalah wajib mempercayai alam ghaib dan sememangnya kita tahu adanya iblis dan bala tenteranya untuk merosakkan umat Islam. dari segi 6 syaitan tu saya tak bleh komen sebab itu adalah kepercayaan orang kristian.. saya sebagai orang Islam mempercayai apa yang diajarkan dan diturunkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w. jadi Wallahualam..


28 Februari 2016



Apa ada pada tarikh ini... yaa hari ni genap lah usia perkahwinan aku dan husband 5 tahun.. soo nak berkongsi gambar kawin la hari ni.. hehehehe




Ni plak gambar aku single


Tengok la betapa kurusnya aku ... huhuhu.. tu sebab aku nak buat Diet Atkins balik hari Sabtu nih (1 Mac 2014) harap-harap berjaya la aku menguruskan apa yang dah besar hehehe...

Apa-apa pun aku bahagia dengan perkahwinan yang baru je 5 tahun jagung ni.. dan 3 puteri kami telah menambah keceriaan dalam rumahtangga kami.. Alhamdullillah... semoga Allah merahmati kami sehingga hari Akhirat... Amin..

Khamis, 27 Februari 2014

Uzma


Hari ni nak bercerita pasal anak aku yang last.. Nama dia Uzma Az Zahraa binti Hisyaruddin.. lahir pada 27 Ogos 2013.. Jadi sekarang umur dia bih kurang 6 bulan laa.. Sooo layan je la gambo dia ek



Ni gambar dia masa baru lahir
pas tuuuuuuuuuuuuuu... ni gambar skarang


Ni gambar masa first time kat taska UMP


leeelelellelellelleeehh



Haiiii

Sekian hehehehe




Sebab apa aku tulis blog..





Sebab saja suka-suka menghabiskan masa yang terluang.. ye tak… hehehe.. Aku dulu masa kecik-kecik nak jadi cikgu tapi disebabkan aku tidak ditakdirkan menjadi cikgu aku berazam untuk menambahkan ilmu dan bagitahu kepada sahabat2 mengenai ilmu yang aku baca tips ke ape ke jadi bleh la aku berkongsi ilmu aku.. lagi pun dapat pahala klu kongsi ilmu dengan orang lain.. betul tak 

Apa motif gambar kat sebelah ni pun aku tak tahu.. huhuhu

Hutan Terbakar Depan Rumah


Malam tadi tiba2 kedengaran lori bomba berhenti depan rumah aku.. kenapa ek.. rupa2 nye terbakar sudah semak kat depan rumah aku tu


Masa ni dia baru datang.. tapi gambar api tak nampak la sebab aku malas nak buat sibuk lagi pun husband aku tak de mase ni sebab kene keje.. jadi kesimpulannya.. janganla membakar waktu kemarau nih..takut melarat plak kat umah orang.. sib baik umah aku keliling pasir.. klu hutan kering memang kering la aku.. huhuhuhu

Rabu, 26 Februari 2014

Keadaan kat Opis Aku

Assalamualaikum.. Well hari ni buat ape ek.. haa aku nak tunjukkan gambar opis dan member separtition aku.. so....

Ni kabinet besi simpan fail aku.. haa dalam ni ada 100 +++ fail pentadbiran yang aku jaga.. Abaikan fail yang bertimbun atas rak besi tu.. dan rak besi yang sebelah yang kosong tu Kak Imah - Kewangan yang punye....


Yang ni salah satu daripada tugas aku iaitu mengawal stor alatulis.. ada tiga kotak A4 aku tak letak dalam kabinet kayu tu...


Ni plak work station aku.. meriah tak.. tapi baru buat separuh je.. tu pun tak tau nak sambung lagi ke tidak kerja2 mencantikkan meja aku nih.. hehehe


Ni Plak barisan key-chain yang aku dapat daripada Pensyarah-Pensyarah yang cuti belajar atau gi jalan-jalan seluruh dunia dan jalan-jalan dalam negara... Time kasihlaa aku tak dapat pegi dapat barang pun jadilaaa.

Ni plak gambar rakan sejawat aku kak imah ngan kamarliah yang sedang bergosip kot.. heheheh

Tengah tulih tulih nii tiba-tiba kene masuk meeting plak
Meeting untuk kejohanan bowling tertutup UMP Pekan yang akan diadakan pada 15 Mac 2014 ni... aku urusetia jee.. tapi harap2 dapat baju la jugak ngeeeee



Semalam 25 Februari 2014 aku menghadiri kursus Usahawan Muslim..  Jadi ni la antara gambar2 nye

ni material yang diberi oleh PIMPIN


Ni penceramahnyee.. Tuan Syed Izam bin Syed Mokhtar


Ni pulak gambar member aku yang dah macam nak tido.. hehehee

Banyak jugak informasi dalam kursus ni sebagai contoh kita perlu mempersiapkan modal insan dulu dan attitude diri kita sendiri sebelum nak membuka sesuatu perniagaan yang berakar umbikan Islam.. dan yang paling penting niat kita untuk berniaga adalah kerana Allah s.w.t. Banyak lagi information tapi takut cam tak muat je nak tulis... heheheh