Assalamualaikum
Harini aku nak bercerita pasal menyimpan wang.. macamana buleh tercetus dalam minda aku adalah disebabkan oleh gambar di bawah nih..
Haa.. ni bagi orang-orang yang pinjam PTPTN masa nak sambung belajar dulu.. Sib baik hutang belajar MARA aku dah setel.. lega kepala aku nih.. Tapi gejala kat atas tu buat aku berpikir yang aku adalah bertanggungjawab untuk menyediakan perbelanjaan pengajian anak aku.. so aku pikir punya pikir maka tercetus la satu idea untuk menyimpan..
Cara aku simpan adalah RM 45 bagi setiap tahun dan bertambah RM 45 lagi tahun berikutnya, berdasarkan kenaikan gaji aku setiap tahun.. Sebagai kerani gaji aku akan naik RM 95 jadi kenaikan tahunan yang akan dapat aku rasai setiap tahun adalah RM50 sahaja sebab selebihnya aku nak masukkan dalam ASB.
Jadi kira-kiranya aku dah buat dalam excel. Aku bajet sampai umur anak sulung aku 17 jadi lebih kurang 13 tahun daripada sekarang.
TAHUN PERTAMA = RM 45 SEBULAN
TAHUN KEDUA = RM 90 SEBULAN
TAHUN KETIGA = RM 135 SEBULAN
TAHUN KEEMPAT = RM 180 SEBULAN
TAHUN KELIMA = RM 225 SEBULAN
TAHUN KEENAM = RM 270 SEBULAN
TAHUN KETUJUH = RM 315 SEBULAN
TAHUN KELAPAN = RM 360 SEBULAN
TAHUN KESEMBILAN= RM 405 SEBULAN
TAHUN KESEPULUH = RM 450 SEBULAN
TAHUN KESEBELAS = RM 495 SEBULAN
TAHUN KEDUA BELAS = RM 540 SEBULAN
TAHUN KETIGA BELAS = RM 585 SEBULAN
Kalau aku simpan dalam ASB duit tu semua dengan kadar dividen 6% pada usia anak sulung aku 17 tahun nanti aku akan dapat lebih kurang RM 58,717.99.. Banyakkan!!! tu tak masuk lagi kalau nak tambah simpanan time hari raya ke dapat bonus ke durian runtuh ke.. memang cukup sangatla... tak kisahla kadar inflasi tu sebab pada masa yang sama gaji kita tu naik jugak RM 50 setahun..
Aku buat gini bukan apa sebab anak aku jarak umurnya dekat-dekat kalau paling koman pun masa pendaftaran untuk ke IPT mesti guna dalam RM 5000 gak sorang.