Isnin, 22 Ogos 2016

PAKAIAN BERAGAM SEMPENA MERDEKA... 4 BULAN MENGHILANG DARI BLOG...

Assalamualaikum...

Banyak betul keje aku 4 bulan ni.. tak tau nak start cite dari mana.. huhuhuhuu... banyak sangat cite nak bagitau.. Apa2 pun pada yang membaca SBDJ tu banyak yang aku masih tak approve sebab tak ada masa.. huhuhu.. banyak jugak aku tak upload lagi hehehe.. jadi pembuka bicara nih aku nak upload gambar ape yek... ooo.. gambar anak2 merdeka lah.. Jadi pada Isnin minggu lepas 15 Ogos 2016 ada anak2 prasekolah Sek. Kebangsaan Tanah Puteh menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan mengibarkan bendera Malaysia sempena hadirnya bulan kemerdekaan
layan gambar...




Ingatkan habis time tu je.. tak sangka pulak lepastu diberitahu pada 18 Ogos ada pakaian beragam.. adoiyai.. 2 hari je lagi tu.. ingat mula2 malas nak masuk.. tapi kesian pulak ke anak anak.. jadi dengan segala kesungguhan pergila beli bendera kat kedai 1 Malasia.. beli 2 yang paling besar.. ingatkan nak buat baju kelawar je.. mintak tolong akak ipar aku.. hehehe.. jadi baju lain plak.. layannnnn..
Baju Qalesya.. macam nak buat Cheong Sam.. tak tau laa lagi...


Jazeera.. baju pesen ape aku pun tak tau lagi.. huhuh..,

Jadi dengan kesungguhan malam tu aku gi kedai Eco RM 2.12. nak beli aksesori yang lain..

Beli Cekak
Adik Uzma pun ikut.. beli topi, Spek dengan kipas..




Try kat rumah Aki ngan Mok..

Jazeera Pulak

Malam tu aku letak bunga kat toi Jazeera ngan baju Qalesya

Hasil Sebelum Tido tuh...

Pagi tu awal Jazeera bangun.. mungkin sebab Excited sangat... hehehehe Sebelum gi sekolah tu bergambar dulu setelah di make by Ibunya....
Budak Hawai ngan Cina











SELAMAT HARI MERDEKAAAA!!!!

Jumlah total yang telah aku belanjakan untuk baju budak dua orang ni RM 24.00.. termasuk aksesori..

Keputusan pemenang adalah pada hari Isnin iaitu hari nih.. 22 Ogos 2016

Keputusannya anak aku dua dua dapat saguhati.. Alhamdulillah... terima kasih mak andok... heheheh

















Khamis, 14 April 2016

Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 2016 Adakah Yang Dinanti Nantikan????


Assalamualaikum

Hari ni adalah hari yang dinanti-nantikan oleh penjawat awam seluruh Malaysia berkenaan dengan penambahbaikan 252 Skim perkhidmatan.. aku punye exited sampai print pekeliling nih.. huuhhu


Kalau korang nak baca KLIK KAT SINI

Korang baca la yekk.. Aku cam bizi je nak baca huhuhuh sekian.. bye-bye

Khamis, 7 April 2016

Assalamualaikumm

Hari ni aku nak bercerita pasal status bunga Petunia dan Vinca aku.. hehehe sila la tengok.. huhuhu.

Hehehe... sekian entry pada kali ni..

Khamis, 24 Mac 2016

Seni Hias Mata Tal Peleg

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak bercerita berkenaan dengan Tal Peleg.. Seorang jurusolek israel yang profesional.. sila lihat hasil solekan nyaa


























Sekian.. untuk tatapan anda..

Rabu, 16 Mac 2016

Semai Petunia

Assalamualaikum

Hari ni nak bercerita pasal cara nak semai Petunia dan Vinca..

Mula2 cari biji benih dia..

Rupa dia bih kurang macam nih

Ihsan Pak Cik Google
Kalau biji benih Vinca pulak macam di bawah nih

Ihsan Pak Cik Google

Yang ni original tau tu tapak tangan aku.. nampak tak penampakan vinca di belakang tuh
Semai la mereka di dalam bekas tanaman..
Tips yang aku dapat hasil dari pencarian google. dan facebook. kene pakai tanah Peatmoss ataupun Cocopeat..

Tapi aku pakai tanah baja biasa je yang jual kat Salloma Nursery Kuantan

Jadi hasilnye adalah seperti di bawah.. Ni gambar aku punye betul

Yang ni umurnya lebih kurang 2 bulan menggunakan semaian biji benih

Yang ni pulak menggunakan keratan batang je.. 
So.. kalau nak try boleh laa... aku pun masih dalam proses R&D lagi.. banyak lagi yang perlu diujikaji.. tapi hasil dari pemerhatian aku kalau korang tak bape sabar nak tunggu eloklah buat keratan batang je.. yang biji benih ni lama sangat nak tumbuhnyee

Sekian.. tu je buat entry kali nih..






Selasa, 2 Februari 2016

Biodata Ramlee Awang Murshid


Assalamualaikum..
Hari ni aku nak bercerita pasal penulis novel thriller no. 1 di Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid.

Tarikh Lahir : 4 November 1967

Pekerjaan : Wartawan Radio Televisyen Malaysia(RTM)(1986-2010)

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia

Genre Penulisan : Berunsur seram, thriller, mendebarkan, ketuhanan dan sedikit percintaan.

Anugerah yang diperolehi :-

  • Pemenang tempat kedua novel Igawan Maut (1995) dalam pertandignan menulis novel dewasa anjuran DBDP, cawangan Kota Kinabalu
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igawan Maut
  • Pemenang tempat kedua novel Pei Pan, Anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pen
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
  • Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3)
  • Anugerah Buku Negaa 2002 (Kategori Novel Remaja)menerusi novel 9 Nyawa.

Hasil Penulisan:-


  1. Igauan Maut - 1995
  2. Tombiruo - 1998
  3. Ranggau - 1999
  4. Anugerah Pertama - 2000
  5. Mandatori - 2000
  6. Semangat Hutan - 2001
  7. Pei Pan - 2002
  8. ADAM - 2002
  9. Satu Janji - 2003
  10. Tombiruo Terakhir - 2004
  11. Rahsia Perindu - 2005
  12. Bagaikan Puteri -2005
  13. Hatiku Diharajuku - 2006
  14. Cinta Sang Ratu -2007
  15. Ungu Karmila - 2008
  16. Hijab Sang Pencinta - 2008
  17. Personal Justice(ADAM versi English) - 2008
  18. Mikhail - 2009
  19. 9 Nyawa - 2010
  20. Cinta Sufi - 2010
  21. Rayyan Fantasi - 2011
  22. Sutera Bidadari - 2011
  23. Fiksyen 302 - 2011
  24. Sunan Musafir - 2012
  25. Aku Bercerita - 2013
  26. Mitos - 2013
  27. Magis - 2013
  28. Sunan Nangroe Sang Kembara-2014
  29. Raudhah - 2014
  30. Sunan Cinta Nan Sakti - 2015




Isnin, 1 Februari 2016

Bunga Gantung Petunia dan Vinca

Assalamualaikum

Hari ni aku nak bercerita pasal minat baru aku dengan bunga gantung.. untuk makluman aku dah beli bunga gantung ni sejak 10 Disember 2015 yang lalu.. dan alhamdulillah sampai 1 Februari 2016 ni masih hidup.. Bunga yang aku beli nih adalah Petunia.. huhuhu memang leceh sikit nak jaga tapi berbaloi bunganyaa..

\
Ni la bunga yang aku beli 10 Disember 2015 tu

Lebih kurang 2 atau tiga minggu kemudian husband aku belikan bunga baru pulak siap dengan buatkan tempat gantung.. hehehe 

so sekarang nia la bunga yang aku ada 

 
Deretan bunga petunia dan vinca bunga yang mula mula aku beli tu yang dah berjuntai 2 dari kanan.. 

 ni petunia yang baru dibeli tu masa ni dah 2 minggu jaga dah..

Bunga vinca..

Baja yang aku gunakan adalah baja air 2 kali seminggu kene siram.. bagi penyiraman air biasa lak aku siram sehari sekalii atau 2 hari sekali bergantung kepada cuaca.. aku memang tak bagi hujan kene.. mintak2 lama la hayat pokok nih.. aminnnnn