Isnin, 10 Ogos 2020

SAKA HARIMAU

 Assalamualaikum

Harini aku nak bercerita pasal SAKA.. tapi bukan semua saka cuma spesifik kepada --SAKA HARIMAU--

Kenapa pilih saka jenis ni.. sebab aku ada  pengalaman yang boleh dikongsikan heheheeeeee.

So kita masuk kepada definisi dulu. Saka ni adalah makhluk halus atau jin yang dipelihara oleh manusia sama ada manusia tu sedar atau pun tak.. hmmm... So kenapa orang bela saka ni yek?? kalau zaman dulu kala, diorang bela sebab nak jaga tanah, harta atau anak bini sebab orang zaman dulu dulu ni selalu merantau ke negeri lain dalam jangka masa yang lama. Ada jugak yang bela saka ni sebab nak buat khianat dengan orang lain nak tunjuk diri dia hebat dan berkuasa.. walhal diaorang tak tahu yang berkuasa tu hanyalah Allah s.w.t. 

Jadi kita balik semula kepada soal SAKA HARIMAU ni. Berasal atau selalunya dimiliki oleh orang Negeri Sembilan kerana mereka berakal umbi daripada Sumatera sana.. Seperti yang korang tahu orang Negeri Sembilan ni nenek moyangnya asal dari Minangkabau Sumatera. Jadi kalau tak ada ilmu dunia memang diorang tak merantau ler jauh jauh sampai bumi Malaya ni kan. 


Selalunya saka harimau ini diwarisi oleh kaum wanita kerana selalunya kaum wanita akan menjadi ketua rumah semasa ketiadaan kaum lelaki.. sebab orang minangkabau ni suka mengembara jadi dia tinggalkan la harta dan saka sakanya sekali dekat bini dan anak anak perempuan dia.. hurmmm

Selalunya saka ini perlu diwarisi contohnya kalau nenek dulu ada saka harimau maka akan diwarisi oleh anak perempuan dan seterusnya cucu perempuan.. kalau tiada anak perempuan atau cucu perempuan dia akan mencari keturunan yang dekat untuk dijadikan tuan. 

Kalau ada orang yang berniat tidak baik dan mahu menganiaya kaum kerabat si saka harimau ni selalunya akan nampak penampakan harimau ni kalau si penjahat melalui teratak(rumah) si pembela saka harimau nih..

Berdasarkan pengalaman aku, nyang angkat aku (nenek aku punya mak angkat) dulu ada membela Saka Harimau ni.. ada 7 ekor semuanya.... Jeng jeng jeng...dulu masa time mak aku kecik kecik dia duduk dengan nyang aku nih. dia pernah cerita dengan aku masa nyang aku demam atau sakit dia cukup takut sebab akan dengar bunyi harimau mendengus dengus di bawah rumah dan menggesel geselkan badan dekat tiang rumah (dulu-dulu rumah kayu tinggi ada tiang) dan nyang aku akan berbicara dengan makhluk tu " diam la sikit takut anak cucu den ni haaa". tak lama lepas tu ada kucing dan naik ke atas rumah dan duduk dekat dengan nyang aku.. tak tahu la kalau dia menyerupai kucing.

Untuk makluman korang nyang aku ni pun pandai mengurut.. jadi tak dapat di sangkal laa dakwaan yang Pembela Saka ini untuk pengamal urutan tradisional di Negeri Sembilan... Nyang aku nih putih orang nya pernah ada orang nak aniaya dia dan buat tak baik dengan dia.. maka bersilat dan berparang la orang tua tu dengan si pembuat aniaya..Maka lintang pukang tak cukup tanah ler orang tu melarikan diri.. huhuhuhu dia pun panas baran orangnya.. memang orang yang bela saka ni akan jadi pemarah.. 

Pernah satu ketika ada orang nak mencuri Buah Kuinin di kawasan teratak rumah nyang aku ni.. tapi terkejut dengan penampakan harimau sebesar anak gajah dekat perdu pokok tu.. maka kecoh lah sekampung dia bagi tau nyang aku nih bela harimau.. hehehehe

Arwah ayah aku pun pernah ternampak jelmaan harimau ini di teratak nyang aku.. tapi bende tu menyerupai kerbau yang sangat besar.. masa tu dia baru kahwin dengan mak aku..time tu tandas kat luar so dia pun pergi tiba tiba ternampak kelibat Kerbau yang sangat besar di perdu pokok di belakang tandas.. bila disuarakan perkara tu ke nyang saya maka jawapannya adalah " dio nak kona dongan kau tu"....maka arwah ayah saya pun diam sahaja dan semenjak dari kejadian tu dia tak pernah jumpa jelmaan tu lagi. 

Lebih kurang cam ni la gambaran tandas orang zaman dulu dulu.. ko bayangkan kalau nak gi time waktu malam dia punye seram tu mengalahkan cerita Insidious 

Bila nyang aku dah tak de dia pulak tak de waris dari darah daging yang sebenar.. jadi sakanya duk menempel pada uwan aku pulak.. uwan aku nih memang tak nak benda benda macam ni tapi benda tu duk menempel kat dia.. so banyak kali la dia tak sedarkan diri.. mana dengan jin lain lagi masuk kat badan mana dengan saka orang lain yang nak beradu kekuatan lagi.. pelik sungguh manusia ni kan.. kalau time dia tak sedar tu macam macam la yang duk duduk dalam badan Puteri la nenek la panglima hitam la.. huh.. tapi aku tak nak cerita dulu pasal bende bende lain.. nak fokus untuk saka harimau je dulu.. saka harimau ni tak masuk badan cuma dia duk bergentayangan la kat teratak rumah tu.. masa berubat dengan beberapa ustaz diorang cakap harimau harimau tu ada yang dah mati ada yang kurus kering ada yang hilang gi tempat lain.. wallahualam.. 

Mujur mak aku tak ade saka yang nak menempel.. apa ubatnya?? mengaji.. baca yassin tiap tiap malam dengan bacaan yang betul sebutannya.. insyaallah saka ke jin ke syiton ke semua tak nak..pokok pangkalnya adalah nawaitu kita tu.. ko nak ke tak nak SAKA ni.. kalau hati kau 50/50 bende ni mesti nak menempel dengan ko.. tiada kuasa yang lebih besar dari Allah tu kalau ko rasa bela saka boleh jaga ko anak beranak dan boleh protect ko dari jin atau syaitan orang lain ko silap besar..ko tak tahu ke yang jin dan syaitan tu berkomplot untuk menyesatkan manusia dari dulu lagi sampai kiamat.. tak de makne nya kekuatan ilmu dunia ni yang besar dan kuat tu cuma kuasa Allah s.w.t.. 

So setakat ni lah aku membebel weh.. maaf ler kalau penulisan aku ni agak kasar dan mungkin ada yang tak berkenan tapi blog akukan aku punya suke la hehehehehe.. so wallahualam... byee...

Jumaat, 7 Ogos 2020

NAGA WUJUD KE IMAGINASI??

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak bebel pasal ape yek.. hurmmm.. Okey la aku nak bercerita pasal Naga.. Korang rasa naga tu wujud tak? aku masa budak - budak memang mati mati ingat naga tu ada dan duduk dalam gua yang ada kat Malaysia ni.. Betul ke???

So aku try Google naga dan mula mula sekali yang keluar adalah definisi naga dalam wikipedia ""Dalam agama Hindu, Buddha dan Jainisme, Nāga (IAST: nāga; Devanāgarī: नाग) atau Nagi (f. Of nāga; IAST: nāgī; Devanāgarī: नागी) [1] adalah dewa ilahi, separa ilahi, atau separa ilahi bangsa makhluk separuh ular separuh manusia yang tinggal di dunia bawah (Patala) dan kadang-kadang dapat mengambil bentuk manusia. Mereka secara utamanya digambarkan dalam tiga bentuk: manusia sepenuhnya dengan ular di kepala dan leher, ular biasa, atau sebagai makhluk setengah ular setengah manusia. [2] Naga betina adalah "Nagi", "Nagin", atau "Nagini". Nagaraja dilihat sebagai raja nāgas dan nāginis. [3] Mereka biasa dan mempunyai kepentingan budaya dalam tradisi mitologi banyak budaya Asia Selatan dan Asia Tenggara.""

So lebih kurang macam dewa diorang la kan..

Jadi kite tengok pulak dari segi Islam berkenaan Naga.. yang aku jumpa adalah

Ular Akra (Suja’ul Akra) 

Orang Islam yang meninggalkan sembahyang akan disiksa di Alam Barzakh dengan seekor ular Akra (Suja’ul Akra). Ular ini yang akan menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh badan.

Akan muncul seekor ular yang bernama “Suja’ul Aqra” dan ular itu berkata:“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Suja’ul Aqra hinggalah hari Kiamat. 

Maksud Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat”. Kalau digambarkan macam naga ular ni kan??

 Abdurrazaq dan Ibnu jarir meriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata,”Sesungguhnya musuh Allah swt Iblis menawarkan dirinya kepada setiap binatang melata, agar dapat membawanya masuk ke syurga dan berbicara dengan Adam dan isterinya. Namun semua haiwan menolak tawarannya itu. Lalu dia berkata kepada ular,”Aku akan melindungi dirimu dari gangguan Adam dan engkau ada dalam jaminanku jika engkau memasukanku ke dalam syurga.’ Maka ular itu membawa iblis diantara dua taringnya lalu masuk kedalam syurga. Tadinya ular ini berjalan dengan empat kakinya lalu Allah menjadikannya berjalan di atas perutnya

So aku rasa asal naga tu ada kaki tapi setelah ditarik kakinya ia pun menjadi ular.

Ibnu Abbas berkata,”Maka bunuhlah ular dimanapun kamu terserempak dengannya. Pendamlah makhluk yang pernah mendapat jaminan dari musuh Allah itu.” (Luqthul Marjan fi Ahkamil Jaan, Imam Suyuthi, edisi terjemahan hal 178)

Iblis memberikan kedudukan istimewa kepada bangsa ular kerana mereka pernah berjasa membantunya untuk menghasut dan seterusnya mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga.Ular tersebut diletakkan (sebagai yang dekat dengan Iblis) di istananya dan ular yang terkuat di Dunia ini adalah ULAR NAGA…

Naga Sekarang Adalah "Panglima" Istana Iblis Di Lautan:

Imam Ahmad berkata bahawa telah bercerita kepadaku Yunus dari Hammad bin Salamah dari Ali dari Abu Nadhrah dari Abu Said bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda kepada Ibnu Shayyad:“Apa yang kamu lihat? Dia menjawab, aku melihat singgasana di atas lautan yang dikelilingi oleh beberapa ular. Maka Rasulullah bersabda: sesungguhnya, dia telah melihat singgahsana Iblis.” (HR.Ahmad)

Ibnu Shayyad adalah tokoh yang sakti  di zaman Rasulullah yang memiliki Kasyaf Syaithani yang matanya mampu untuk menembus alam jin dengan bantuan Iblis karena kekeramatannya para sahabat bahkan sampai menganggap Ibnu Shayyad ini adalah Dajjal..Ibnu Shayyad dalam hadis pernah diuji oleh Rasulullah mengenai Kasyaf Syaithaninya, kerana memang Ibnu Shayyad adalah salah satu kahin (dukun) maka dapat melihat Istana Iblis yang dijaga oleh ular-ular naga.

Bahkan disebabkan berjasanya ular naga bagi Iblis, tidak segan para Jin untuk merubah diri mereka menjadi ular disetiap kesempatan ketika bertasyakul (mengalij rupa). Rasulullah bersabda: “Ular-ular itu adalah jin yang mengubah rupa dan bentuknya sebagaimana Bani Israel yang berubah bentuk menjadi rupa monyet dan babi” (H.R. Thabrani dengan sanad yang sahih)

Kewujudan Naga/Ular Daripada Bangsa2 Jin

Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa’labah al-Khasyani, sabda Rasulullah s.a.w :

“Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (sepertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ULAR dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)”

Naga di Malaysia diambil dari (https://www.bukuprima.com.my/)

Naga Tasik Chini, Pahang

Naga adalah lambang kepada cerita lagenda Tasik Chini dan sinonim dengan yang diceritakan oleh orang tua-tua dahulukala di mana naga naga di sini telah dimakan sumpahan pada zaman tersebut. Naga Sisik Emas dikatakan adalah seorang lelaki dan Naga Sisik Perak adalah seorang perempuan. Paza zaman 70-an dan 80-an dulu apabila musim banjir di kawasan tasik jelmaan naga dapat dilihat waktu itu.

Mereka bermain di sekitar tasik yang dipenuhi air di semua laut kerana air Sungai Pahang membuak serta berpusar memasuki tasik melalui Sungai Chini. Ada peristiwa seorang pelancong dari England telah menyelam di kawasan jeti. Sampai sahaja di lantai tasik, beliau ternampak pagar batu serta menyusuri pagar berkenaan hingga ke pintu pagar di dalam air tersebut.

Alangkah terperanjatnya beliau kerana terlihat dua biji mata merah yang besar di pintu pagar berkenaan dan dengan pantasnya beliau naik ke atas kembali. Beliau tidak bercakap selama seminggu dan sekembalinya ke KL barulah beliau menceritakan peristima tersebut kepada rakan beliau. Mungkin dua mata merah yang besar tersebut adalah mata naga berkenaan.


                                                            Kisah 1

“Peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah, 51, berkata kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986. Walaupun mungkin ada yang menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya. “Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum, tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya. Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati.

“Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik,” katanya.

Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia turut membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot kira-kira jam 10.00 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lengkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air.

Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat. Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat,” katanya.

Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu.

Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir. Lebih 30 bomoh yang saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit,” katanya.

Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya. Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemui memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usahanya sendiri.

“Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu. Saya berdoa kepada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan.

“Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh juga tetapi kenangan itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya yang mungkin terkena sumpahan naga di situ,” katanya.”

                                 

Kisah 2 : Naga Sisik Emas. (Sang Gumum – Raja)

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang. Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam.

Pada satu hari, ketika Kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya. Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diterokai itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri.

Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu dengan salakkan anjing di pinggir kawasan yang dibersihkan.

Seorang daripada mereka mengambil keputusan untuk mencari puncanya dan terkejut apabila mendapati bunyi salakkan itu datang daripada sebatang kayu hitam besar yang lapuk. Lalu dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila melihat darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan.

Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi rakan-rakannya tidak  mempercayainya.

Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu yang dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta-merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini.

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika cuba menyelamatkan diri.

Cerita lagenda itu menjadi buah mulut masyarakat dahulu sehingga sekarang walaupun Tasik Chini itu seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut yang mengelilinginya, iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

Kisah 3

BERATUS tahun lamanya legenda naga mengisi pemikiran dan kepercayaan Orang Asli yang berumah di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang. Namun bagi Tok Batin Kampung Tanjong Puput, Bahrain Sunta, 54, dia tidak pernah melihat dengan matanya sendiri kelibat sang naga yang disebut-sebut itu. Yang dia tahu, ada yang memanggil haiwan itu Seri Gumum, Seri Pahang, Seri Pekan atau Seri Daik.

Bagaimanapun katanya, tidak menyaksikannya sendiri bukan bermakna dia tidak mempercayai legenda itu. “Saya memang tak pernah jumpa (naga). Tetapi saya percaya ia wujud. Kalau disebut naga, itu betul, harus percaya walaupun tidak melihatnya dengan mata sendiri.

Anak saya pernah ternampak seekor naga pada tahun 2000. Katanya dia tengok badan dan kepalanya. Empat tahun kemudian, seorang anak kecil nampak naga itu meluru dengan muncungnya menghala ke arahnya. Apabila anak itu menjerit, kelibat makhluk itu terus hilang.

“Budak itu ceritakan kepada kami tentang mukanya yang sebesar kepala lembu. Menakutkan! Anak itu trauma sampailah demam,” kenang Bahrain.

Malah sebelum itu, ketua keluarga di Tanjong Puput ini sudah banyak kali menyaksikan penduduk kampung lari lintang-pukang kononnya ternampak makhluk misteri itu. Mengakui mendengar kisah itu daripada nenek moyangnya melalui penceritaan daripada mulut ke mulut, Bahrain turut menggunakan pendekatan yang sama terhadap anak-anaknya.

“Ia diperturunkan sebagai satu sejarah. Tujuannya ialah supaya anak-anak berhati-hati ketika menghampiri air,” ujar bapa kepada 12 orang anak yang berumur antara 10 hingga 30 tahun ini. Bahrain tidak pula menganggap mereka yang mendakwa pernah melihat naga itu sebagai memiliki kelebihan atau keistimewaan.

“Sudah nasib mereka untuk jumpa naga itu. Saya percaya ada orang tertentu yang boleh nampak, bukan semua orang. Tetapi mereka tidak ada kelebihan apa-apa berbanding orang lain,” kata Bahrain. Penduduk kampung juga tidak pernah risau memikirkan tentang sang naga.

“Ia bukan ancaman untuk kami. Belum pernah lagi ia mengganggu kami. Hanya sekali-sekala dilihat di permukaan air,” sambungnya.

Menurut Bahrain, tiada sebarang upacara dibuat untuk ‘mententeramkan’ haiwan itu, jauh sekali memujanya. Yang pasti, penduduk Tanjung Puput hidup seperti biasa, jauh daripada ketakutan terhadap seekor naga yang entahkan ada, entahkan tidak.

Bahrain berkata, sudah ada antara anak kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti. “Seorang sudah habis belajar dan sekarang menjadi pengurus Risda di Sungai Terpai, Pahang. Ada juga yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia,” jelas Bahrain. Namun dia juga mengakui ramai anak kampung tidak lagi menyambung pelajaran selepas tamat sekolah menengah.

Pandangan dilempar ke pondok terbuka bersebelahan. Sekumpulan wanita sedang asyik meraut batang kayu renyah, gedomba dan relung untuk menghasilkan sumpit. Sima yang merupakan isteri Bahrain, cukup bersahaja melakukannya.

“Inilah aktiviti kami setiap hari. Yang perempuan buat kerja-kerja kraf atau masuk ke hutan mencari produk hutan. Yang lelaki masuk ke hutan untuk berburu atau ke laut mencari ikan,” katanya yang menjelaskan perkataan laut sebenarnya merujuk kepada bahagian-bahagian tasik di sini.

Langsung tidak membuatkan kami berasa jauh di pedalaman, Sima mudah saja berkongsi bahawa legenda naga tidak banyak mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Lima keluarga yang dianggotai lebih lapan orang setiap satunya meneruskan hidup di kampung ini tanpa rasa terhimpit dengan legenda yang masih ‘bernyawa’ itu.

Naga Sisik Perak. (Sang Chini – Permaisuri)

Kisah 4

Sebuah lagi lagenda Tasik Chini adalah berkenaan kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini.

Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha, tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat bahawa teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.

Sumber : negeripahang.com

* Kisah naga Tasik Chini juga terdapat di dalam novel Sang Purba karya Naim Tamdjis. Naga bernama Sri Gumum yang membawa Haziq watak utama di dalam novel ini menentang makhluk jahat, Sang Purba.

Kesimpulan Aku.

  • Asalnya naga telah bertukar menjadi ular setelah dihilangkan kakinya kerana peristiwa membawa masuk iblis ke syurga.
  • Naga menjadi penjaga takhta iblis dilautan sehingga sekarang. Tu pasal korang akan jumpa binatang pelik pelik dalam laut.. Boleh dikatakan laut tu misteri yang tak terungkap oleh manusia lagi. 
  • Aku rasa naga tu tinggal kat laut atau kawasan yang berair.. banyak penemuan dikaitkan dengan kawasan yang berair seperti tasik, laut dan lombong 
  • Naga adalah makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanya orang orang yang tertentu dan bernasib baik jer boleh terserempak dengannya. Tu pasal banyak penceritaan berkenaan naga bukan setakat di Malaysia tapi seluruh dunia.

Aku rasa tu jela kesimpulan yang dapat aku bagi.. kalau ada yang salah tu harap maaf mohon diperbetulkan kesimpulan aku ni hanya dari pandangan aku dan jangan pulak dijadikan batu pengukur untuk kewujudan naga..  wallahualam.


Rabu, 5 Ogos 2020

3 TAHUN TAK MENULIS - First Topic Mobile Legends Bang Bang

Assalamualaikum


Huiiihhh lama giler la tak menulis blog nih.. last tahun 2017 huhuhu.. bukan malas tapi tak de mase... so topik yang pertama ni aku nak menulis pasal ape yek.. hmmm
banyak sangat cerita nak kongsi tapi kite buat tajuk yang biasa biasa dulu iaitu...... kegilaan aku bermain Mobile Legends Bang Bang sekarang.. huuhhu.. buleh tak dah tua tua baru nak main.. huhuhu.. 

Well kegilaan ini terbit sewaktu PKP aritu.. ala time kena kurung kat rumah sebab Covid-19 aku malas nak cerita pasal Covid ni sebab bosan.. huhu.. so yang ajar aku main ni anak aku umur 9 tahun ngan 10 tahun.. so aku pun try la install kat handset baru yang murah tu.. so aku pun try ler main.. aku ingat sokmo main dengan komputer rupe2 nya main live dengan orang.. Terbongkar sebab aku hidupkan pendengar suara.. so dengar la sumpah seranah dan lolongan pemain pemain yang telah di Slain oleh pemain lain.. so bermula daripada situ aku pun dok mengkaji amende Mobile Legends ni.. So hasil googlelan aku adalah.
  • MLBB ni di punyai oleh Syarikat Moonton yang berada di China dan diterbitkan pada 11 Julai 2016 dulu.
  • MLBB ini adalah pertarungan di atas talian yang direka untuk telefon bimbit android. 
  • Ada dua pasukan yang akan bertarung 5 vs 5 menggunakan wira - wira yang kita pilih. 
  • Target utama adalah untuk memusnahkan menara (turrets) musuh di samping melawan minion(musuh2 kementot) yang dikeluarkan 3 ekor di setiap laluan
  • MLBB ni popular di Asia Tenggara
  • MLBB ni ada pertandingan dan boleh jana pendapatan kalau pro laa

Kat atas ni ler gambar pahlawan pahlawan yang hebat sangat tu ler

So mula mula aku masuk tu ada helo baru nama Yu Zhong 


Hensem tak??..So aku pun kumpul duit kemenangan dengan menggunakan Battle Point untuk membeli Pahlawan nih.. so dapat lerrr...

Pastu aku beli sorang/seekor Tank yang bernama Akai.. 

Akai

Comel tak? sekali imbas macam Po cerita Kung Fu Panda tu...

Selalunya kalau tank aku suka ambik Balmond .. Balmond ni dia bagi free je.. 
So setakat ni aku dah master Layla, Miya, dan Balmond tu..


Tapi aku rasa pahlawan yang paling kuat adalah Hanzo.. ntah kenapa aku rasa dia power sebab ada jurus boleh keluarkan roh dari badan gi bunuh orang. hahhahahha


Tapi kena pandai la main Hanzo ni sebab masa dia keluarkan roh pada badan tu dia kena duduk dalam semak atau tempat tempat yang selamat agar musuh tak serang dia masa time dia tengah menurun memanggil hantu dia hahahahah....

Aku pun suka ada sorang hero ni nama di Sun


Karakter ni aku rasa diinspirasikan daripada watak Monkey King mitos Cina iaitu Sun Wukong. Kebolehan Sun ni adalah dia boleh buat diri dia bertambah dan kembar dia tu kalau pukul musuh boleh menyembuhkan luka badan dia.. cewah..

Banyak lagi hero hero lain.. Macam Layla dengan Miya tu dia katagori Marksman. Senang sikit nak guna tu pasal diaorang dapat aku masterkan dulu.. macam Balmond tu dia kategori Tank.. dimana ketahanan dia agak lasak untuk menerima serangan serangan musuh tahap pertama. Aku cuma tak pernah pakai Alucard lagi walaupun aku tahu serangan dia bagus dan mantap

Dah la cukup ler setakat nih.. dah panjang lebar dah aku membebel.. nanti kalau ada masa akan aku kupas pahlawan pahlawan ni sorang sorang.. tu pun kalau aku rajin la kan. ehehhe... okkey babaiiiiii.....




Khamis, 9 November 2017

The Chronicles Of Laksamana Sunan

Assalamualaikum... harini aku nak upload video hasil suntingan aku yang tak seberapa ni... konon2 macam imaginasi aku la kalau baca cerita Laksamana Sunan ni.. Harappp korang terhibur....


Khamis, 2 November 2017

TOMBIRUO MENCECAH 7 JUTA


Assalamualaikum..

Rasanya dah hampir 14 purnama aku tak menulis dalam blog.. Sebab?? aku pun tak tau le..

So Entry pertama untuk tahun 2017 ni adalah???


Iyea... berbanggalah dengan industri filem kita sekarang sebab dapat menghasilkan karya yang bermutu..


ok cau..

Rabu, 24 Ogos 2016

FILEM TUMBIRUO

Assalamualaikum

Hari ni aku nak bercerita pasal novel Ramlee Awang Mursyid yang bertajuk Tumbiruo..
Antara tagline novel ni.. "bukan berwajah manusia".. heheheeeeee


RAMLEE AWANG MURSYID

Trilogi novel Tombiruo...

Aku memang dah Qatam baca ketiga-tiga novel nih.. mula2 dulu spekulasi kata Bronze Palare jadi Ejim.. Aku pun rasa mungkin sesuai kott...

Spekulasi awal yang menyatakan Bronze Palare yang akan jadi Ejim

Antara Barisan Pelakon yang bakal membintangi filem Tumbiruo eh.. Farid Kamil?? Amiruddin

Jadi ayah angkat kepada Ejim hmmmm Antara pelakon yang aku minat nih..

Pemegang Ejim...

Wan Suraya

Pandangan Penulis kepada watak illusi buatannya

Ape2pun aku harap filem ini tidak mendukacitakan.. aku takut jadi macam Drama SBDJ huhuhuh.. bukan nak kondem tapi cinematographynya tak feeling.. hehehehe..

Aku akan tengok di panggung wayang kalau cite ni keluar.. sama2 kita menyokong filem buatan tempatan.. 



Selasa, 23 Ogos 2016

Followers...

Assalamualaikum...


haaa korang dah bukak blog aku kan.. ce la jadi followers aku.. bleh la aku layan korang untuk mendapatkan info2 terutamanya yang SBDJ tu.. heheheheh Sebelum ni memang aku tak tekan kan.. tapi sekarang aku nak.. koh koh koh

klu tak aku tak nak share dokumen tu ngan korang hahahah(gelak jahat...)

Sekian