Jumaat, 13 Februari 2015

MERENTAS DESA PRASEKOLAH SK TANAH PUTEH PEKAN PAHANG

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak bercerita pasal pertandingan merentas desa yang diadakan di SK Tanah Putih Pekan Pahang.. Cam biasa aku pun excited jugak sebab anak aku yang baru prasekolah turut serta dalam acara tersebut.. Aku tak memberikan pengharapan yang tinggi agar dia berjaya mendapat hadiah.. cukupla setakat boleh menghabiskan larian dengan selamat..

Well ni gambar-gambar nye..

Kena dengar taklimat dulu yea anak anak

Lagi upacara warming up

Mendengar taklimat tekuando.. (Betul ke ejaan nih huh) 

Qalesya sedang bercekak pinggang.

Haa ni Qalesya anak aku.. berlari sampai mengerbang rambut.. 

Barisan pemenang pelajar perempuan 10 tempat sahaja.

Berjaya mendapatkan tempat ke-3 dalam lariannya

Barisan pemenang pelajar lelaki pulak.

Semoga anakku mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayatnya... amin..


Khamis, 29 Januari 2015

Pertandingan Tribute P.Ramlee RTM

Assalamuaalaikum

Harini aku nak bercerita pasal satu pertandingan yang dianjurkan oleh RTM untuk memperingati Seniman P.Ramlee. So aku pun cam berminat sebab ada pertandingan ciptaan poster  cube korang tengok syarat-syarat pertandingan nih..


 


Mula mula aku tak paham futej tu ape.. tapi lepas dah teliti rupanya kene gi webside nih http://tribute.rtm.gov.my/index.php baru aku paham lepastu..

Semalam baru aku hantar penyertaannye.. saje sesuka..  Kalau ikutkan syarat aku kene download gambar salah satu daripada 13 drama yang ditayangkan kat RTM.. jadi aku pun pilihla drama Jeritan Batinku tu.. hehe nak tengok camana hasil keje aku cam kat bawah nih laaa..


Aku tak tau la betul ke tak klu buat poster macam ni.. aku rasa macam kene grafik lagi.. aku pun tak sempat nak buat beriya sebab baru tahu sehari sebelum tu.. jadi bidan terjun je laa hahahah..

Aku buat satu lagi.. memang macam melepaskan batuk kat dapur laa tapi hantar atas nama husban hehehe


Well semoga dapat aku memenanginya huhuhuh..bye byee



Khamis, 15 Januari 2015

Hari Pertama Prasekolah - Qalesya

Assalamualaikum.. aku nak bercerita pasal anak sulungku yang pertama Qalesya Az Zahraa yang start sekolah 14 Januari 2014 (Rabu) semalam..

Aku ambik cuti haritu.. Bangun pagi kejutkan dia haritu memang dia nampak cam excited sgat. lepas tu abah dia hantar ke sekolah dan aku hantar Uzma dulu ke Taska dan Jazeera ke rumah mak.

Lepastu bergegas aku ke S.K Tanah Putih Pekan tepat jam 8. Aku lihat dia tengah beratur.. tapi muka macam cuak je.. mungkin tak tahu lagi makna sekolah tu dan kenapa nak pergi sekolah..


Qalesya yang baju pink tak pakai tudung tu yek.. dah macam orang Korea dah aku tengok. huuhu


Ni la blok sekolah dia.. 

\
Ni la keadaan dalam kelas Qalesya

Balik jam 12.00 aku tunggu luar kelas.. dia macam nak namgis sebab nak gi tandas.. pulak mungkin sakit perut kot first time sekolah.. huhuhu..
Selamat Belajar Anakku.



Selasa, 13 Januari 2015

Suami-Isteri Korban Air Asia Peluk Bayinya Sewaktu Pesawat Jatuh

Aku nak bercerita berkenaan informasi yang aku temui iaituan suami-Isteri Korban AirAsia bersama bayinya warga Korea telah ditemui. Berdasarkan carian yang telah aku buat Seong Beom Park mempunyai akaun facebook https://www.facebook.com/seongbeom.park.9.

Kedua suami Isteri ini telah ditemui namun bayi mereka masih lagi hilang.. bayi tersebut bernama Yuna Park.. Jadi memang betul la akaun fb yang aku cari tu sebab baby tu pun namanya Yuna.
Semoga mayat bayi ini dapat ditemui.. sangat sedih sewaktu menaip artikel ni.. lagi sedih bila search akaun fb bapa bayi ni gambar bayinya menjadi penghias dinding fb dan profail beliau.. hmmm



Berikut adalah petikan daripada Sumber : Harian Metro

Surabaya: Ketika pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terjunam ke dasar Laut Jawa, warga Korea Selatan ini, Seong Beom Park, 37, dipercayai memeluk erat anaknya sebelum terlepas dalam pangkuan.
Memetik laporan portal berita VivaNews, analisis itu dilakukan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) berdasarkan keadaan tangan Seong Beom yang seolah-olah memeluk erat gendongan bayi (baby carrier) yang masih melekat pada tubuhnya ketika ditemui di tempat duduk penumpang berdekatan ekor pesawat.
Seong Beom dan isteri, Kyung Hwa Lee, 34, bersama anak mereka Park Yu Na, 11 bulan antara tiga daripada 162 mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata, Laut Jawa, 28 Disember lalu.
Pasangan itu berada di Indonesia sejak tiga tahun lalu sebagai mubaligh Kristian.
Kelibat pasangan berkenaan dirakam menerusi kamera litar tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda bersama bayi mereka sebelum menaiki pesawat terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Singapura untuk memperbaharui visa mereka.
Ketua DVI Jawa Timur Dr Budiyono berkata, berdasarkan analisis dilakukan, mayat Seong Beom memeluk erat ‘baby carrier’ dipercayai tempat duduk anaknya ketika penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda menuju Singapura.