Isnin, 16 Februari 2015

Bunga Ros Aku

Assalamualaikum..

Aku nk bercerita berkenaan dengan taman mini aku tu.. ape la agaknye pokok2 yang aku tanam yek..  well klau nak tahu sila la tengok picture kat bawah ni yep

Ni pokok bunga ros yang aku ambil dari rumah ibu mertua ku.. Masa ni kali pertama berbunga ada 3 kuntum je.. dan kurus jee.. ok la kan

Yang ni pulak bila dah berumur 2 bulan.. ada 6 kuntum dah berbunga dan lagi 2 lagi nak mekar.. memang sangat menghiburkan.. bunga ni memang senang nak jaga.. cantik tak..

Haa. yang ni pemberian maksu aku... masa ni ada berbunga 2 kuntum aku ambik masa Krismas tahun 2014



Yang ni pulak setelah sebulan pokok ni duduk ngan aku.. ada 4 kuntum nak keluar.. memang sangat menggembirakan.. pasni aku nak buat anak pokok dia pulak.. memang berbaloi klu tanam pokok ni.. aku rasa ros ni dari thailand sebab tahan panas.. tak tau laa. bunga dia memang besar tapak tangan aku.. besar giler weii..

Aku tengah cari pokok Rainbow Rose ni.. mana ek nak cari.. hmmm



Semalam aku ada beli ros batik.. tak sempat lagi nak ambik gambar RM 15 jew aku beli di Salloma Nursery Kuantan.. tak mekar lagi.. nanti aku ambik gambar yep.. babai.. sekian..

Siri Bercakap Dengan Jin Jilid 6

Assalamualaikum

Kat sini korang boleh baca SBDJ Jilid 6 Pulak.. Enjoy

Jumaat, 13 Februari 2015

MERENTAS DESA PRASEKOLAH SK TANAH PUTEH PEKAN PAHANG

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak bercerita pasal pertandingan merentas desa yang diadakan di SK Tanah Putih Pekan Pahang.. Cam biasa aku pun excited jugak sebab anak aku yang baru prasekolah turut serta dalam acara tersebut.. Aku tak memberikan pengharapan yang tinggi agar dia berjaya mendapat hadiah.. cukupla setakat boleh menghabiskan larian dengan selamat..

Well ni gambar-gambar nye..

Kena dengar taklimat dulu yea anak anak

Lagi upacara warming up

Mendengar taklimat tekuando.. (Betul ke ejaan nih huh) 

Qalesya sedang bercekak pinggang.

Haa ni Qalesya anak aku.. berlari sampai mengerbang rambut.. 

Barisan pemenang pelajar perempuan 10 tempat sahaja.

Berjaya mendapatkan tempat ke-3 dalam lariannya

Barisan pemenang pelajar lelaki pulak.

Semoga anakku mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayatnya... amin..


Khamis, 29 Januari 2015

Pertandingan Tribute P.Ramlee RTM

Assalamuaalaikum

Harini aku nak bercerita pasal satu pertandingan yang dianjurkan oleh RTM untuk memperingati Seniman P.Ramlee. So aku pun cam berminat sebab ada pertandingan ciptaan poster  cube korang tengok syarat-syarat pertandingan nih..


 


Mula mula aku tak paham futej tu ape.. tapi lepas dah teliti rupanya kene gi webside nih http://tribute.rtm.gov.my/index.php baru aku paham lepastu..

Semalam baru aku hantar penyertaannye.. saje sesuka..  Kalau ikutkan syarat aku kene download gambar salah satu daripada 13 drama yang ditayangkan kat RTM.. jadi aku pun pilihla drama Jeritan Batinku tu.. hehe nak tengok camana hasil keje aku cam kat bawah nih laaa..


Aku tak tau la betul ke tak klu buat poster macam ni.. aku rasa macam kene grafik lagi.. aku pun tak sempat nak buat beriya sebab baru tahu sehari sebelum tu.. jadi bidan terjun je laa hahahah..

Aku buat satu lagi.. memang macam melepaskan batuk kat dapur laa tapi hantar atas nama husban hehehe


Well semoga dapat aku memenanginya huhuhuh..bye byee



Khamis, 15 Januari 2015

Hari Pertama Prasekolah - Qalesya

Assalamualaikum.. aku nak bercerita pasal anak sulungku yang pertama Qalesya Az Zahraa yang start sekolah 14 Januari 2014 (Rabu) semalam..

Aku ambik cuti haritu.. Bangun pagi kejutkan dia haritu memang dia nampak cam excited sgat. lepas tu abah dia hantar ke sekolah dan aku hantar Uzma dulu ke Taska dan Jazeera ke rumah mak.

Lepastu bergegas aku ke S.K Tanah Putih Pekan tepat jam 8. Aku lihat dia tengah beratur.. tapi muka macam cuak je.. mungkin tak tahu lagi makna sekolah tu dan kenapa nak pergi sekolah..


Qalesya yang baju pink tak pakai tudung tu yek.. dah macam orang Korea dah aku tengok. huuhu


Ni la blok sekolah dia.. 

\
Ni la keadaan dalam kelas Qalesya

Balik jam 12.00 aku tunggu luar kelas.. dia macam nak namgis sebab nak gi tandas.. pulak mungkin sakit perut kot first time sekolah.. huhuhu..
Selamat Belajar Anakku.