Khamis, 24 Mac 2016

Seni Hias Mata Tal Peleg

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak bercerita berkenaan dengan Tal Peleg.. Seorang jurusolek israel yang profesional.. sila lihat hasil solekan nyaa


























Sekian.. untuk tatapan anda..

Rabu, 16 Mac 2016

Semai Petunia

Assalamualaikum

Hari ni nak bercerita pasal cara nak semai Petunia dan Vinca..

Mula2 cari biji benih dia..

Rupa dia bih kurang macam nih

Ihsan Pak Cik Google
Kalau biji benih Vinca pulak macam di bawah nih

Ihsan Pak Cik Google

Yang ni original tau tu tapak tangan aku.. nampak tak penampakan vinca di belakang tuh
Semai la mereka di dalam bekas tanaman..
Tips yang aku dapat hasil dari pencarian google. dan facebook. kene pakai tanah Peatmoss ataupun Cocopeat..

Tapi aku pakai tanah baja biasa je yang jual kat Salloma Nursery Kuantan

Jadi hasilnye adalah seperti di bawah.. Ni gambar aku punye betul

Yang ni umurnya lebih kurang 2 bulan menggunakan semaian biji benih

Yang ni pulak menggunakan keratan batang je.. 
So.. kalau nak try boleh laa... aku pun masih dalam proses R&D lagi.. banyak lagi yang perlu diujikaji.. tapi hasil dari pemerhatian aku kalau korang tak bape sabar nak tunggu eloklah buat keratan batang je.. yang biji benih ni lama sangat nak tumbuhnyee

Sekian.. tu je buat entry kali nih..






Selasa, 2 Februari 2016

Biodata Ramlee Awang Murshid


Assalamualaikum..
Hari ni aku nak bercerita pasal penulis novel thriller no. 1 di Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid.

Tarikh Lahir : 4 November 1967

Pekerjaan : Wartawan Radio Televisyen Malaysia(RTM)(1986-2010)

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia

Genre Penulisan : Berunsur seram, thriller, mendebarkan, ketuhanan dan sedikit percintaan.

Anugerah yang diperolehi :-

  • Pemenang tempat kedua novel Igawan Maut (1995) dalam pertandignan menulis novel dewasa anjuran DBDP, cawangan Kota Kinabalu
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igawan Maut
  • Pemenang tempat kedua novel Pei Pan, Anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pen
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
  • Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3)
  • Anugerah Buku Negaa 2002 (Kategori Novel Remaja)menerusi novel 9 Nyawa.

Hasil Penulisan:-


  1. Igauan Maut - 1995
  2. Tombiruo - 1998
  3. Ranggau - 1999
  4. Anugerah Pertama - 2000
  5. Mandatori - 2000
  6. Semangat Hutan - 2001
  7. Pei Pan - 2002
  8. ADAM - 2002
  9. Satu Janji - 2003
  10. Tombiruo Terakhir - 2004
  11. Rahsia Perindu - 2005
  12. Bagaikan Puteri -2005
  13. Hatiku Diharajuku - 2006
  14. Cinta Sang Ratu -2007
  15. Ungu Karmila - 2008
  16. Hijab Sang Pencinta - 2008
  17. Personal Justice(ADAM versi English) - 2008
  18. Mikhail - 2009
  19. 9 Nyawa - 2010
  20. Cinta Sufi - 2010
  21. Rayyan Fantasi - 2011
  22. Sutera Bidadari - 2011
  23. Fiksyen 302 - 2011
  24. Sunan Musafir - 2012
  25. Aku Bercerita - 2013
  26. Mitos - 2013
  27. Magis - 2013
  28. Sunan Nangroe Sang Kembara-2014
  29. Raudhah - 2014
  30. Sunan Cinta Nan Sakti - 2015




Isnin, 1 Februari 2016

Bunga Gantung Petunia dan Vinca

Assalamualaikum

Hari ni aku nak bercerita pasal minat baru aku dengan bunga gantung.. untuk makluman aku dah beli bunga gantung ni sejak 10 Disember 2015 yang lalu.. dan alhamdulillah sampai 1 Februari 2016 ni masih hidup.. Bunga yang aku beli nih adalah Petunia.. huhuhu memang leceh sikit nak jaga tapi berbaloi bunganyaa..

\
Ni la bunga yang aku beli 10 Disember 2015 tu

Lebih kurang 2 atau tiga minggu kemudian husband aku belikan bunga baru pulak siap dengan buatkan tempat gantung.. hehehe 

so sekarang nia la bunga yang aku ada 

 
Deretan bunga petunia dan vinca bunga yang mula mula aku beli tu yang dah berjuntai 2 dari kanan.. 

 ni petunia yang baru dibeli tu masa ni dah 2 minggu jaga dah..

Bunga vinca..

Baja yang aku gunakan adalah baja air 2 kali seminggu kene siram.. bagi penyiraman air biasa lak aku siram sehari sekalii atau 2 hari sekali bergantung kepada cuaca.. aku memang tak bagi hujan kene.. mintak2 lama la hayat pokok nih.. aminnnnn

Jumaat, 29 Januari 2016

Ramlee Awang Murshid. Penulis Thriller No.1 Di Malaysia.

Assalamualaikum
Hari ni aku nak bercerita berkenaan dengan buku cerita yang aku paling minat hasil penulisan Ramlee Awang Murshid.. Pada mulanya aku menonton TV1 tak salah aku masa tahun 2008 rasanya.. aku tertarik dengan Trilogi Sunan.. Masa tu buku yang ketiga iaitu Hijab Sang Pencinta baru nak dikeluarkan.. Aku tak pernah pun kenal dengan Ramlee Awang Murshid ni.. Lepastu aku pun gi la cari buku dia yang pertama iaitu Bagaikan Puteri..Lepas abis baca buku tu jadi ketagih nak beli buku yang no 2 iaitu Cinta Sang Ratu.. uishh.. lagi best dan aku pun cari lagi yang ketiga iaitu Hijab Sang Pencinta..

Lepas novel tu aku terus ikuti perkembangan penulisan Ramlee Awang Murshid(RAM) nih.. aku like page dia dan blog dia.. Paling menggembirakan RAM telah menyambung Trilogi sunan ni kepada Cinta Sufi, Sunan Musafir, Sunan Nanggroe Sang Kembara dan Sunan Cinta Nan Sakti.. Wahhhh ada 8 kesemuanyaa....

Tak sabar nak beli Sunan Cinta Nan Sakti tu..

Khamis, 28 Januari 2016

Siri Bercakap Dengan Jin Jilid 14

Assalamualaikum

Kepada peminat peminat tegar SBDJ jom kita baca onlineee...


Klik kat SINI yek

Siri Bercakap Dengan Jin Jilid 13

Assalamualaikum..

Hari ni student tak de nak datang ketuk2 loceng.. jadi aku pun rajin nak upload SBDJ Jilid 13 pulak
Balas dendam lama tak tulis blog.. hahahhahahaha


Untuk menikmati bacaan sila la klik DISINI.. tapi kene ada akaun gmail dulu la yek