Khamis, 29 Januari 2015

Pertandingan Tribute P.Ramlee RTM

Assalamuaalaikum

Harini aku nak bercerita pasal satu pertandingan yang dianjurkan oleh RTM untuk memperingati Seniman P.Ramlee. So aku pun cam berminat sebab ada pertandingan ciptaan poster  cube korang tengok syarat-syarat pertandingan nih..


 


Mula mula aku tak paham futej tu ape.. tapi lepas dah teliti rupanya kene gi webside nih http://tribute.rtm.gov.my/index.php baru aku paham lepastu..

Semalam baru aku hantar penyertaannye.. saje sesuka..  Kalau ikutkan syarat aku kene download gambar salah satu daripada 13 drama yang ditayangkan kat RTM.. jadi aku pun pilihla drama Jeritan Batinku tu.. hehe nak tengok camana hasil keje aku cam kat bawah nih laaa..


Aku tak tau la betul ke tak klu buat poster macam ni.. aku rasa macam kene grafik lagi.. aku pun tak sempat nak buat beriya sebab baru tahu sehari sebelum tu.. jadi bidan terjun je laa hahahah..

Aku buat satu lagi.. memang macam melepaskan batuk kat dapur laa tapi hantar atas nama husban hehehe


Well semoga dapat aku memenanginya huhuhuh..bye byee



Khamis, 15 Januari 2015

Hari Pertama Prasekolah - Qalesya

Assalamualaikum.. aku nak bercerita pasal anak sulungku yang pertama Qalesya Az Zahraa yang start sekolah 14 Januari 2014 (Rabu) semalam..

Aku ambik cuti haritu.. Bangun pagi kejutkan dia haritu memang dia nampak cam excited sgat. lepas tu abah dia hantar ke sekolah dan aku hantar Uzma dulu ke Taska dan Jazeera ke rumah mak.

Lepastu bergegas aku ke S.K Tanah Putih Pekan tepat jam 8. Aku lihat dia tengah beratur.. tapi muka macam cuak je.. mungkin tak tahu lagi makna sekolah tu dan kenapa nak pergi sekolah..


Qalesya yang baju pink tak pakai tudung tu yek.. dah macam orang Korea dah aku tengok. huuhu


Ni la blok sekolah dia.. 

\
Ni la keadaan dalam kelas Qalesya

Balik jam 12.00 aku tunggu luar kelas.. dia macam nak namgis sebab nak gi tandas.. pulak mungkin sakit perut kot first time sekolah.. huhuhu..
Selamat Belajar Anakku.



Selasa, 13 Januari 2015

Suami-Isteri Korban Air Asia Peluk Bayinya Sewaktu Pesawat Jatuh

Aku nak bercerita berkenaan informasi yang aku temui iaituan suami-Isteri Korban AirAsia bersama bayinya warga Korea telah ditemui. Berdasarkan carian yang telah aku buat Seong Beom Park mempunyai akaun facebook https://www.facebook.com/seongbeom.park.9.

Kedua suami Isteri ini telah ditemui namun bayi mereka masih lagi hilang.. bayi tersebut bernama Yuna Park.. Jadi memang betul la akaun fb yang aku cari tu sebab baby tu pun namanya Yuna.
Semoga mayat bayi ini dapat ditemui.. sangat sedih sewaktu menaip artikel ni.. lagi sedih bila search akaun fb bapa bayi ni gambar bayinya menjadi penghias dinding fb dan profail beliau.. hmmm



Berikut adalah petikan daripada Sumber : Harian Metro

Surabaya: Ketika pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terjunam ke dasar Laut Jawa, warga Korea Selatan ini, Seong Beom Park, 37, dipercayai memeluk erat anaknya sebelum terlepas dalam pangkuan.
Memetik laporan portal berita VivaNews, analisis itu dilakukan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) berdasarkan keadaan tangan Seong Beom yang seolah-olah memeluk erat gendongan bayi (baby carrier) yang masih melekat pada tubuhnya ketika ditemui di tempat duduk penumpang berdekatan ekor pesawat.
Seong Beom dan isteri, Kyung Hwa Lee, 34, bersama anak mereka Park Yu Na, 11 bulan antara tiga daripada 162 mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata, Laut Jawa, 28 Disember lalu.
Pasangan itu berada di Indonesia sejak tiga tahun lalu sebagai mubaligh Kristian.
Kelibat pasangan berkenaan dirakam menerusi kamera litar tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda bersama bayi mereka sebelum menaiki pesawat terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Singapura untuk memperbaharui visa mereka.
Ketua DVI Jawa Timur Dr Budiyono berkata, berdasarkan analisis dilakukan, mayat Seong Beom memeluk erat ‘baby carrier’ dipercayai tempat duduk anaknya ketika penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda menuju Singapura.

Isnin, 12 Januari 2015

Majlis harijadi qalesya

Assalamualaikum

Harini  aku nak bercerita pasal sambutan birthday anak aku yang ke 5 yang aku baru buat pada 10 Januari aritu.. belated la kiranye ni sebab Qalesya lahir 7 Januari... tapi tak pe la..nazar memang nak buat kan..

Jadi aku pun plan nak masak mee sizzling.. nyum nyum..


Cara masak mee sizzling ni memang sonang laa... resepinye seperti di bawah..

Bawang putih sebuku, bawang besar 2 ulas dan 2 inci halia diblendkan..
Kemudian tumis.. masukkan lada hitam lebih kurang 2 sudu (kalau nak pedas letak lagi aku malas nak letak banyak2 sebab budak2 yang ramai makan.)
Masukkan ayam (seekor ) yang dipotong kecik2 ke dalam tumisan tadi.. 
Masukkan sos tiram.. sukatan dia er... bih kurang separuh botol yang besar tu.. aku pakai sos tiram jenama Maggie..
Masukkan air ke dalam adunan..
Cendawan Shitake tu kene rebus tempat lain dulu kemudian tos dan gunting2..
Masukkan Cendawan shitake tu dalam adunan tadi..
Masukkan juga kicap.. jangan sampai hitam sangat agak2 la... 
Last sekali masukkan sawi yang telah dipotong-potong..
Eh ada satu lagi masukkan tepung jagung yang telah dicairkan di dalam air.. agak2la yek jangan la banyak sangat lebih kurang setengah cawan kot..

Aku guna mee lidi  untuk masakan nih.. celur la mee lidi tu yek 

Boleh makan untuk 10 orang lebih kurang



Aku buat dua adunan satu yang ada telur satu lagi yang tak de telur.. Pandai2 la korang masukkan telur dalam adunan tu yek klu yang minat nak makan telur tu.

Ok skarang kita tengok la pulak kejadian semasa makan2 tu yek maleh dah aku nak menaip.. huhuhu

 





Ni la Qalesya.. 


Buat sendiri tau misai tuh..


Hehehe belon banyak nye..

Belon tu beli kedai RM 2 je huuhuu..


Jumaat, 9 Januari 2015

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN JILID 3

Assalamualaikumm

Aku nak belanja korang baca SBDJ JILID 3 pulak enjoy..



Klik kat SINI

Jangan lupa follow blog kita....!!!

CARA-CARA NAK MENDAFTAR SYARIKAT

Assalamualaikum

Aku nak bercerita pasal macamana nak daftar syarikat kat SSM.. Biasala zaman sekarang ni nak jual barang online pun kene ada lesen.. Jadi untuk mengelakkan daripada kene tangkap.. lebih baiklah daftar syarikat anda tu yek..Jenis perniagaan yang aku pilih ni adalah Milikan Tunggal. Ini bermakna akula bos dan segala hutang dan kekayaan aku yang punye.. huhuhu

Mula-mula korang kene isi 2 borang

  
Korang kene isi Borang A seperti di atas dan

Kemudian kene isi Borang PNA 42 ni

Salinan IC pemilik perlu untuk proses ini dan wang tunai sebanyak RM 70.00 hokey..


Gambar Pejabat SSM di Kuantan Pahang


Borang yang sedang diisi dengan teliti

Lepas korang dah isi semua butiran tu dan dah ada copy ic, pergi balik ke kaunter tu untuk dia lihat. Kemudian kita tunggu no. kita dipanggil..

Mereka akan bagi masa selama 1 jam paling lama untuk semak kesesuaian nama dengan perniagaan yang kita jalankan.. letakla nak berniaga minuman ke makanan ke pakaian ke tapi kene sesuai dengan nama letak la berapa puluh perniagaan pun nak kita niaga kan boleh..

Lepas tu mereka akan bagi sijil macam kat bawah nih..


Dan lagi dua jenis sijil dimana maklumat owner dan maklumat perniagaan. Sijilnye asing asing.. Saje je aku tak post maleh.. hehehe.. Jadi sekarang sahla anda untuk menjalankan perniagaan.. pasni kene buat akaun syarikat pulak.. tu kene entry lain la pulak yek.. babai..

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA BAGITAU MALAYSIA MUNGKIN AKAN DILANDA CUACA SEJUK JANUARI INI

Assalamualaikum

Harini aku nak bercerita pasal kemungkinan Malaysia akan dilanda cuaca sejuk Januari 2015 nih.. mungkin la kot sebab tahun lepas kat Kelantan kan dah pernah kena.. So ni bukti sohih yang aku dapat dari Jabatan Meteorologi Malaysia


17.2 Darjah C wahhh.. sejuknye boleh la tanam Strawbery... Mesti anak-anak aku suke maa...


Soooo babai..



Rabu, 7 Januari 2015

MENUKAR LAMPU KECIL DAN LAMPU BESAR

Assamualaikum

Hari ni tadi aku sempat gi tukar lampu kecil dan lampu besar kereta viva aku..maklumlah dah 7 tahun pakai tak pernak ganti2 pun terbakar la dia.. Jadi tengahari tu aku pun pergi ke sebuah kedai membaiki kereta


Ni la nama kedai tu ENEOS kat area rumah 500 Pekan Pahang..

Memula aku duduk je dalam kereta menunggu untuk diganti lampu tu husband aku la yang berurusan dengan pekerja bengkel tuh.. lama2 tercetus plak nak tulis dalam blog.. huhuhu


Mula mula ambik gambar dalam kereta.. tak nampak ape pun...

pastu aku pun turun untuk mengelakkan kebosanan yang bersarang dalam sanubari.. chewahh ayat.. 


Senang je rupanya dia ganti... husband aku bleh buat la pas ni...  
KOS YANG DIKENAKAN UNTUK KEDUA DUA LAMPU TERSEBUT ADALAH
RM 11.00

Sekian






Selamat Hari Jadi Qalesya Az Zahraa

Assalamualaikum..

Untuk pengetahuan hari ni adalah 07 Januari 2015 genapla usia anak sulung ku Qalesya Az Zahraa berumur 5 tahun.. Banyak cabaran dalam membesarkan anak-anak sekarang. Nak pulak aku seorang yang bekerjaya.. balik rumah kene layan jugak anak2 walaupun keletihan di tempat kerja.. bukan letih badan tapi letih otak sebenarnya huhuhu...

Ingat malam ni nak gi jalan2 di Kuantan mintak-mintak jalan kat Ubai tu boleh lalu. 4by4 dah booking dah tadi.. hehehe

Majlis harijadi ingat nak buat hari Jumaat lewat sikit la yek.. kek dah tempah dengan Kak Zainab (ZD Cookies) cupcake je tau dah budak2 ni bukan nak makan sangat kek.. buat main je lebih.. cuma tak tahu nak beli hadiah ape.. hmmmmmmm..
Selamat Hari Lahir Anakku Qalesya Az Zahraa semoga menjadi anak yang solehah


UZMA DI TASKA

Assalamualaikum..

Setiap hari aku akan mengambil Uzma di Taska Anakku Comel di dalam UMP ni.. bila nampak je muka dia segala penat aku kerja sepanjang hari akan hilang


Nampak tak keseronokan dia menunggu aku balik setiap hari melihat dari kaca taska tu bersama rakan seusia.. hehehe.. sayang anak ibu..

Well Babai..

PETUA KENA SENGAT LIPAN

Assalamualikum..

Aku nak cerita pasal malam tadi kene sengat lipan yang datang dari mana ntah.. huhuhu


Ni la rupa lipan yang menyegat tuh.. 

Lepas aku kene gigit tu cepat2 aku gi ambik bawang merah belah dua dan sapu kat tangan aku yang kene gigit tu.. Dalam hati esok mesti aku MC ni klu bengkak.. Petua ni aku dapat dari mak aku.. bukan setakat kene gigit lipan je.. kene sengat tebuan ke lebah ke buleh la taruk.. tapi kalau kene sengat sampat berpuluh ekor baik gi spital la yek..


Alhamdulillah sib baik tak bengkak dan tak sakit.. yang aku lagi bersyukur adalah lipan tu tak sengat anak aku.. klu tak mau tak tido malam gamoknye...

Sekian untuk entry kali ni.. babai..

Selasa, 6 Januari 2015

SBDJ SIRI BERCAKAP DENGAN JIN JILID 2


Assalamualaikum

Haa hari ni nak belanja korang baca SBDJ Siri 2

  

Kalau versi terbaru keluaran Nafiela Books rupe dia gini



Isi Kandungan JILID 2 Versi aku

Sumpah Nasi Tangas
Isterinya Jadi Kelip-Kelip
Manusia Tanpa Kepala
Kubur Berasap
Dikacau Penunggu Kolam
Ilmu Raja Kelawar
Rumah Misteri
Bomoh Hujan Kena Uji
Muntahkan Ulat Dan Paku Karat
Berjanji dengan Syaitan
Mengusung Iblis Ditengah Malam
Pukau Ular Tedung
Terkena Badi Belibis
Suara Azan Dalam Kolam
Dendam Orang Sabar
Pemuda Menjerit Ditengah Malam
Berkasih Dengan Langsuir
Sepasang Tangan Berbulu
Buaya Jadi Jadian
Skandal Pawang Buaya
Badan Pawang Berasap
Berjalan Atas Angin
Syaitan Datang Menguji
Bertemu Ibu Santau

NAK BACA?? KLIK SINI


Jumaat, 2 Januari 2015

MELAWAT KESAN BANJIR DI PEKAN PART 2

Assalamualaikum

Rupa-rupanya lepas aku hantar anak aku kepada akak ipar aku, dia ada buat aktiviti lain pulak..
Meh aku tunjuk


Ni muka sebelum naik ke darat bersama moktih dan makndok mereka.


Berposing adik beradik.. baby Juma pun ade..


hhehehe comel je Juma pakai suar besar tu.. sayang anak ibu..



Lagi gambar berjalan-jalan..


Aikk.. harung air pulak.. Bahaya nih


Wah wah wah.. mandi pulok


Ooo ni keje korang ye.. sib baik baby juma tak masuk sekali.. masa ni menurut akak ipar aku dia ada dalam kete dengan ibu mertua ku sebab tido.. Budak2 ni kalau tak de mak ayah sedap la dia yek.. patut la aku balik dah tukar baju dan dah tido.. letih agaknye.. Yang diluar sana jangan la iku cam bebudak ni yek sebab air sini memang tohor dan diawasi  oleh orang tua-tua.. kalu boleh elakkan laahh.. huhuhu

Babai untuk kali nih..



MELAWAT KESAN BANJIR DI PEKAN

Assalamualaikum

Semalam 1 Januari 2015 aku gi melawat banjir di bahagian lepar di Pekan ni.. kawasan ni sebenarnya tempat sawah padi. Aku pergi dengan en husband, ica dan jazeera.. air paras pinggang je.. kami gunakan bot bapak mertuaku dengan kekuatan enjin 5 hp..

Kelihatan budak2 ni excited nak naik bot.. ialah baru pertama kali nak dapat merasa.. selalu aku ngan husband je yang gi memancing hehehe..


Kawasan yang berair tu sebenarnya sume sawah padi.. kiranya aku lalu atas sawah padi lah ni..


Melalui kawasan jalan raya.. yang juga telah ditenggelami air.


Nampak tak rumah tu dah tenggelam dah..


Ni pulak kat depan rumah member husband aku.. nampak tak dia tengah rilek lagi duduk dalam rumah tu.. huhuhu ni umah mak mertua dia.


Yang ni pulak rumah dia.. masih dalam pembikinan tapi dah nak tenggelam dah.. adoiyai..


Lagi rumah yang ditenggelami air.. siap ada kereta lagi.. tak sempat la tu nak bawak lari agaknye..


Lagi gambar rumah yang tenggelam


Itu la masjid Tanah Putih Pekan.. seberang jalan sana..



Ni pandangan dari tepi jalan.. maknanye klu dari tepi jalan nak gi Pekan tu bleh la nampak kami tengah naik bot ni.. Kelihatan juga kakak ipar aku tengah menunggu untuk mengambil anak2 aku nih ikut jalan darat pulak..


Sekian untuk entry kali ni.. babai..