Khamis, 30 April 2015

NOSTALGIA BALADA ROCK 90an HURUF S

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak bercerita pasal kumpulan slow rock yang terkenal zaman 90an dulu yang bermula dari huruf S... haa masa ni memang rock leleh la sebab rock dia bercampur dengan balada.. so jadi Balada Rock..  Kat bawah ni antara kumpulan yang memang menjadi siulan anak2 muda dulu.. anak2 sekarang pun ada gak yang nyanyi lagu gini kat pusat-pusat karaoke..

STING - KAU TETAP KU HAJATI



SLAM - TIDAK MUNGKIN BERPALING


SCREEN - KAU DIPAKSA AKU TERPAKSA


SPOON - RINDU SERINDU RINDUNYA


SLASH - TAMAN ASTAKONA


SCOIN - RINDU-RINDUAN JADI KENANG - KENANGAN


SAMUDERA - TITIAN HASRAT


SEJATI - BILA BUNGA DIPETIK ORANG


SWEET CHILD - TINGGAL SAYANG TINGGALLAH PUJAAN


SUCCESS - KERANA CINTA AKU TURUTKAN



SPRING - SEJIWA

Banyak lagi kumpulan yang bermula dari huruf S ni macam Sofaz, Storm, Straw, Selsius, Sup, Shades, Sunday..

Tapi yang paling Legend.. 

SEARCH - ISABELLA

Rabu, 29 April 2015

SARANG BURUNG CIAK

Assalamualaikum

Haa hari ni aku nak bercerita pasal sarang burung ciak... Sarang burung ni memang banyak di Pekan Pahang ni.. korang tau tak camana rupenyee?

haa cenggini la dia.. Tapi ni bukan sarang burung tempua tau.. Mana nak dapat


Haa burung ni bersarang kat pokok Akasia selalunye dan dekat ngan sawah padi sebab diorang makan padi.. tapi jaga2 sikit sebab selalunya diorang akan buat sarang berhampiran dengan sarang tebuan.. so kalau korang nak ambik kenela berhati-hati dan janganla ada penghuni yek.. sian dia


Haa ni koleksi yang husband ambik.. diletakkan di kolam mini aku tuh.. kalau nasib baik sarang ni akan jatuh dari pokok dengan sendirinya.. huhuhu


Sekian untuk tatapan korang dan kalau korang nak beli sarang nih buleh la bagitau aku yek.. camana?? tinggalkan la komen korang kat blog aku nih.. babai..




MACAMANA NAK SEMAK SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN GST

Assalamualaikum

Haa nak bercerita pasal benda yang paling hot sekarang ni iaitu GST.. kalau nak cek betul ke syarikat tu berdaftar buleh la gi kat sini

https://gst.customs.gov.my/TAP/_/

Kalau keluar screen macam kat bawah nih

Korang klik je button grey tu. Then akan kluar macam gambar kat bawah nih


Klik kat carikan status GST




Haaa kalau korang masuk nama perniagaan dan keluar No Registration Found macam kat atas tu buleh la buat report yek..

Tapi klu kluar cam kat bawah nih.. maka sohih la syarikat tu berdaftar dan kat resit diorang letak GST 6% ok..



Sekian untuk makluman...

SBDJ JILID 8

Assalamualaikum

Aku nak belanja lagi korang baca SBDJ Jilid 8 pulak


SBDJ JIlid 7

Assalamualaikum

Seperti biasa nak bagi korang baca SBDJ Jilid 7 Pulak

Nikmatilah


SBDJ Jilid 7

Selasa, 28 April 2015

NOSTALGIA UJANG 90an

Assalamualaikumm



Harini aku nak bercerita pasal seorang kartunis bernama Ujang.. Nama sebenar adalah Ibrahim Anon, yang merupakan anak kelahiran Kampung Juaseh Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan lahir pada 18 Oktober 1965.. Dapat nama ujang  diberi oleh Jaafar Taib sebab beliau asal dari Negeri Sembilan dan nama panggilan yang sinonim dengan negeri itu.. Sape plak Jaafar Taib ni.. Beliau adalah Pengarah Urusan Creative Enterprise Sdn. Bhd. (CESB). Lepastu Ujang keluar dari CESB dan joint ngan Kharisma Groups sebagai pengurus dan menghasilkan majalah sempena nama beliau Ujang dengan Moto Majalah Lawak Antarabangsa.

Dalam majalah ujang karektor Usop Sontorian telah dijadikan animasi dan menjadi filem animasi tempatan yang pertama. Lepastu penghujung tahun 1997 Ujang tinggalkan Kharisma dan membuatkan majalah Ujang tu terhenti pengeluarannya. Dia tubuhkan syarikat sendiri bernama Multi Triple Vision Sdn. Bhd. dan menerbitkan majalah Varia Lawak.

Tapi majalah beliau tergugat dengan kemunculan semula Majalah Ujang yang diterbitkan di bawah penerbitan MOY Publication,So karektor seperti Din Beramboi, Pak Din dan Usop Sontorian tak boleh dikeluarkan dalam majalah Varia Lawak sebab hak cipta terpelihara MOY Publication

KEKELIRUAN BERKENAAN UJANG DAN DIN BERAMBOI


  











Asalnya watak Din Beramboi ini terhasil daripada temubual pelajar dengan seorang pak cik yang tidak berapa waras yang bernama Din Beramboi. Semasa ini Ujang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Kaset temubuat itu tersebar luas namun dicetak dalam kadar yang sedikit. Ujang telah mendapat idea untuk mempopularkan karaktor Din Beramboi ini.. Beliau telah menggembar gemburkan watak berkenaan dalam Majalah Gila-Gila. Populariti Din Beramboi ini sangat meletop sehingga menjadi rebutan dan Meor Ahmad Fuad telah menyatakan bahawa dialah yang mencipta karaktor Din Beramboi ini.. Ujang menarik diri dalam perbicaraan kerana karaktor Din Beramboi tidak dipatenkan, namun karaktor yang dilukis berkenaan jelas kepunyaan Ujang. Ujang menukar nama Din Beramboi kepada Pak Cik Din yang lebih waras dan tidak gila-gila.


Pada pendapat aku kalau dikatunkan memang jelas milik Ujang tapi kalau dilihat pada zahir dan percakapan memang jelas milik Arwah Meor Ahmad Fuad.

NOSTALGIA ACE OF BASE


Assalamualaikum harini aku nak bercerita berkenaan dengan satu kumpulan yang popular zaman 90an dulu.. Ace Of Base. Kumpulan ini berasal daripada Sweeden. Konsep band ni adalah Dance-Pop. Kalau dengar lagu2 dia memang tak jemu la walaupun telah masuk 3 series dah usia aku, gegendang telinga aku masih boleh terima irama dari muzik kumpulan nih..

Bawah ni antara lagu-lagu yang memang menjadi pujaan hatiku..
Lamo dah tak dongar.. hehehe