Assalamualaikumm
Harini aku nak bercerita pasal seorang kartunis bernama Ujang.. Nama sebenar adalah Ibrahim Anon, yang merupakan anak kelahiran Kampung Juaseh Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan lahir pada 18 Oktober 1965.. Dapat nama ujang diberi oleh Jaafar Taib sebab beliau asal dari Negeri Sembilan dan nama panggilan yang sinonim dengan negeri itu.. Sape plak Jaafar Taib ni.. Beliau adalah Pengarah Urusan Creative Enterprise Sdn. Bhd. (CESB). Lepastu Ujang keluar dari CESB dan joint ngan Kharisma Groups sebagai pengurus dan menghasilkan majalah sempena nama beliau Ujang dengan Moto Majalah Lawak Antarabangsa.
Dalam majalah ujang karektor Usop Sontorian telah dijadikan animasi dan menjadi filem animasi tempatan yang pertama. Lepastu penghujung tahun 1997 Ujang tinggalkan Kharisma dan membuatkan majalah Ujang tu terhenti pengeluarannya. Dia tubuhkan syarikat sendiri bernama Multi Triple Vision Sdn. Bhd. dan menerbitkan majalah Varia Lawak.
Tapi majalah beliau tergugat dengan kemunculan semula Majalah Ujang yang diterbitkan di bawah penerbitan MOY Publication,So karektor seperti Din Beramboi, Pak Din dan Usop Sontorian tak boleh dikeluarkan dalam majalah Varia Lawak sebab hak cipta terpelihara MOY Publication
KEKELIRUAN BERKENAAN UJANG DAN DIN BERAMBOI
Asalnya watak Din Beramboi ini terhasil daripada temubual pelajar dengan seorang pak cik yang tidak berapa waras yang bernama Din Beramboi. Semasa ini Ujang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Kaset temubuat itu tersebar luas namun dicetak dalam kadar yang sedikit. Ujang telah mendapat idea untuk mempopularkan karaktor Din Beramboi ini.. Beliau telah menggembar gemburkan watak berkenaan dalam Majalah Gila-Gila. Populariti Din Beramboi ini sangat meletop sehingga menjadi rebutan dan Meor Ahmad Fuad telah menyatakan bahawa dialah yang mencipta karaktor Din Beramboi ini.. Ujang menarik diri dalam perbicaraan kerana karaktor Din Beramboi tidak dipatenkan, namun karaktor yang dilukis berkenaan jelas kepunyaan Ujang. Ujang menukar nama Din Beramboi kepada Pak Cik Din yang lebih waras dan tidak gila-gila.
Pada pendapat aku kalau dikatunkan memang jelas milik Ujang tapi kalau dilihat pada zahir dan percakapan memang jelas milik Arwah Meor Ahmad Fuad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan