Jumaat, 8 Mei 2015

ROS CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum hari ni aku nak bercerita pasal bunga ros yang dibeli oleh kakak ipar ku di Cameron Highland.. Mula2 aku pesan satu je bunga ros pastu dia bagi dua.. free pulak tu.. ribuan terima kasih la yek..


Warna ni la yang aku pesan untuk beli dari dia.. Takut gak nak tanam ros cameron highland ni.. sebab banyak jugak nak kene fikir pasal penyesuaian iklim..
Aku siap google dulu camana nak menyesuaikan pokok ni kat tanah rendah... kalau ikut kepada carian informasi yang telah aku dapat, 1-2 minggu pokok ni kene letak kat teduhan yang dapat cahaya 2-3 jam sehari seelok-eloknya matahari pagi jam 8-10..huhuhu.. Pastu minggu ke 2-3 pulak kenakan cahaya matahari jam 8-1 tghari.. minggu 3-4 dan seterusnya buleh la nak kenekan cahaya matahari  yek.. (tak tau la aku sendiri pun baru nak cube)


Ni pulak pokok extra yang dibeli.. kaler oren sikit nih.. tapi biasala pakai handpon canggih sangat tak nampak la keorenan nyeee


Pokok ni pulak aku beli kat Salloma Nursery harga RM 15 macam sama je pesen dia dengan Pokok Cameron Highland tu tapi tak tau la.. masih di bawah perlindungan cahaya matahari lagi nih.. Sama2la kita tunggu hasilnye nanti.. kalau buleh dibiakkan memang buleh bukak nursery la aku pulak nanti.. hehehehe..  





Tiada ulasan:

Catat Ulasan