Setelah duduk selama beberapa bulan di rumah sendiri, tercetus keinginan untuk membina taman mini sendiri. Yang menjadi masalah sekarang adalah rumah aku masih belum ada pagar lagi.. jadi memang binatang seperti lembu, kambing serta vavi bebas berkeliaran di sekeliling rumah.. huhuhu.. Jadi inisiatif yang ada adalah membina pagar berskala kecil untuk menempatkan taman miniku nanti..
Modal..
Disebabkan oleh suamiku tahu untuk membuat pagar biasa-biasa jadi dia menjadi kontraktor untuk projek ini.. Modal diperlukan untuk membeli kayu sahaja.. sebab besi memang ada banyak kat rumah aku ni.. maklumlah suami ku kerja sendiri jadi banyak yang boleh direcycle untuk kegunaan sendiri.
Ilham
Sebelum memulakan sesuatu projek, kita perlukan perancangan dan ilham untuk menjayakan taman mini ini adalah berpandukan kepada carian-carian google. Yang paling menarik perhatian aku adalah seperti gambar di bawah.. Cantik dan kemas kan? kalau tak dapat tiru seratus peratus ada kayu kayu sikit pun jadilah..
Ini adalah tapak projek yang telah dikenap pasti. kelihatan pokok sepit udang yang segan hidup mati tak mahu....
Kerangka besi untuk meletakkan papan perlu dibina bagi menghasilkan pagar yang kelihatan rapi.
Setelah itu kayu perlu di drill pada besi berkenaan.. Untuk menjimatkan kos kayu pallet telah dipilih untuk pemilihan pakar berkenaan.. Kayu pallet ini sangat murah dan memandangkan di sini terdapat kilang kereta memang senang sangatlah nak dapat kayu pallet yang berkualiti.
Kayu-kayu pallet itu dipotong serong-serong untuk mendapatkan effect runcing berkenaan kemudian di cat berwarna coklat gelap.
Sekian untuk entry kali ni.. Bye..