Jumaat, 21 November 2014

Teratak Aku - Membina Rumah Kediaman Dengan Kepakaran Sendiri

Assalamualaikum..

Aku nak bercerita pasal mula-mula aku membina rumah pada tahun 2012. Ingin aku tekankan disini adalah bertapa bersyukurnya aku kerana dapat membina rumah sendiri pada usia aku baru 28 tahun..

Modal

Bagaimana dengan tanah dan modal.??  Untuk pengetahuan, rumah aku ni dibina di atas tanah suami aku atau dalam erti kata lain tanah pusaka laa..nak buat rumah ni aku buat pinjaman peribadi dengan MBSB.. bulan2 aku bayar RM 886 dekat bank selama 20 Tahun. Ni termasuk hutang aku lama-lama dulu masa nak kawin dulu.. Ini bermakna umur aku 48 tahun besok barula aku bebas dari bebanan hutang.. dan sempatlah merasa gaji sebenar aku selama 10 tahun lagi.. Memang tak berapa bagus klu kita mengambil pinjaman peribadi ni.. tapi aku fikir tak berbaloi pulak kalau aku nak buat pinjaman perumahan pastu beli rumah teres yang lamannya sekangkang kera atau langsung kera tak boleh kangkang.. heheh

Antara Pinjaman Perumahan dengan Pinjaman Peribadi 

Aku congak secara kasarla yek.. kalau aku beli rumah guna pinjaman perumahan kerajaan setiap RM100,000.00 tu aku kene bayar balik lebih kurang RM 600 selama 30 tahun.. rumah kalau kat area Pekan ngan Kuantan ni pun bukan boleh dapat rege RM100,000.00 koman koman pun RM 175.000.00 tu yang paling cokiya la tu.. jadi aku kene bayar dalam seribu lebih jugak la dalam masa 30 tahun.. kalau aku pinjam masa umur aku 28 tahun makanya umur aku 58 tahun la aku akan menanggung hutang tersebut.. adoiyai dah pencen tak sempat nak rasa gaji sebenar.. hehehe.. Jadi setelah dicampur tolak, darab dan bahagi aku kene lah buat rumah atas tanah sendiri.. nasib baik ada tanah huhuhuhu.

Tukang Buat Rumah

Ada satu lagi masalah iaitu tukang yang akan membuat rumah aku ni.. Setelah dipikir2 mujurlah suami aku ada member yang buat kerja ni secara freelance.. Husband aku pun boleh jugak buat kerja pertukangan ni.. cuma tak la secekap member dia tu.. Jadi kami pun mengupah dia... Bajet aku nak buat rumah ni adalah dalam anggaran RM 60,000.00 je.. buleh ke ek.. insyaallah segalanya adalah dengan kekuasaan yang maha esa... Tu termasuklah dengan kos bahan mentah dan upah.. huhuhuhu... 

Rekabentuk Rumah Aku 

Boleh dikatakan aku lah yang menjadi jurulukis untuk rekabentuk rumah aku ni.. aku nak yang simple je satu ruang tamu satu ruang rehat 3 bilik 2 bilik air dan tandas berasingan dengan bilik air.. Porch la kalau cukup bajet.. 

Jadi meh la kita tengok permulaan kejadian pembinaan rumah aku tu...


14 Jun 2012 adalah tarikh batu granit sampai untuk pembikinan rumah aku tu .. punyela aku excited hehehe.. untuk makluman tanah husband aku ni ada pencawang komunikasi tapi aku tak buat la bawah lot tanah tu aku ambik bahagian lain..

Maka proses pembikinan rumah aku pun bermula.. seramai 4 pekerja yang bekerja di awalannya.. ce tengok gambar kat bawah ni hasilnye

 

 
 

Ini lah tapak rumah aku sewaktu mula-mula dinaikkan dulu kelihatan husband aku tengah memantau tapak projek.. masa aku tengok ni rasa macam kecik je.. tapi tak pe la syukurr.....nanti aku sambung lagi pada entry yang akan datang... Bye..


 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan