Jumaat, 21 November 2014

Teratak Aku - Kos Nak Masuk Elektrik dengan Air

Assalamualaikum

Masuk Elektrik 

Haa.. Rumah bila rumah dah siap macamana pulak dengan Wire ring yek.. Nasih baik la kawan husban kita pun ada lesen Chargeman dan boleh buat Wire Ring kat umah aku.. Lagi sekali safe sikitla bajet.. Untuk makluman korang kos wirering ni je boleh makan sampai RM2500.. sebab kat luar sana mereka akan charge post untuk fius dan plak ni.. satu pont plak akan makan jugak RM 20 -RM 30 so kalau buat sendiri dah berapa dah aku jimat kan.. Itu belum lagi masuk kos nak bayar kat TNB untuk masuk meter.. mahu jugak RM 800 kurang kurang.. Ditambah pula rumah aku ni tak de pelan rumah yang diikhtiraf oleh jurutera.. Aku je la yang jadi jurutera tu..  Lagi sekali member husband aku ni pun boleh pakai orang dalam untuk menyelesaikan kes dekat TNB tu jadi keseluruhan kos yang aku kene bayar adalah RM 1,500.00 tu termasuk beli wayar, plug, fius, suis, duit upah, duit kopi, duit bayar orang itu dan ini..  Alhamdulillah.. nasib baik rumah aku bleh masuk elektrik klu tak pakai lilin je la aku.. huhuhu.

Masuk Air

Rupa-rupanya masuk air pun banyak kos jugak.. waaa... duit lagi?? pegi kat PAIP kurang kurang kene ada RM 1,200.00 untuk masuk meter air.. waaa.. tu tak masuk lagi bayaran nak beli paip hitam yang besar untuk disambung dari rumah aku ke meter paip besar.. Sekali lagi ada member husband menjadi penyelamat dia kata kenapa tak pakai kuota kesihatan.. Macam mana tu??... Ok korang bayangkan pejabat kesihatan pergi melawat kampung kampung di pedalaman dan tengok orang pedalaman pakai air perigi. Jadi mereka boleh suggest kat makcik/pakcik tu untuk isi borang kuota kesihatan tu dan mohon untuk dapatkan mereka air paip yang bersih, sekali dengan paip-paip hitam tu free.. Jadi kos yang aku kene bayar sekali dengan bayar kat PAIP untuk meter air adalah RM 500 sahaja termasuk kos upah orang kesihatan yang gali paip tu.. Syukur lagi...

Macam tu la suka duka orang nak buat rumah bukan senang tapi kalau dah buat memang rasa amat bersyukur kerana tak perlu bayar lebih dari orang lain.. tak kisahlah rumah kita tu tak berapa nak lawa janji kita tak terbeban dengan hutang yang melampau dan lebih terjamin pada masa hadapan.. so tu je la untuk entry kali ni.. babai..

2 ulasan:

  1. Salam...saya dalam prose nak bina rumah baru di atas tanah sendiri...saya nak tahu...kalau guna kuota kesihatan kena mohon di pejabat kesihatan ke?

    BalasPadam
  2. rumah sy x ada paip.. jadi baru nak masuk.. berapa ye kos sekarang nie?? tahun 2021

    BalasPadam