Khamis, 25 Jun 2015

Idea Aku - Cara nak simpan duit untuk pelajaran anak2 di menara gading

Assalamualaikum

Harini aku nak bercerita pasal menyimpan wang.. macamana buleh tercetus dalam minda aku adalah disebabkan oleh gambar di bawah nih..


Haa.. ni bagi orang-orang yang pinjam PTPTN masa nak sambung belajar dulu.. Sib baik hutang belajar MARA aku dah setel.. lega kepala aku nih.. Tapi gejala kat atas tu buat aku berpikir yang aku adalah bertanggungjawab untuk menyediakan perbelanjaan pengajian anak aku.. so aku pikir punya pikir maka tercetus la satu idea untuk menyimpan..

Cara aku simpan adalah RM 45 bagi setiap tahun dan bertambah RM 45 lagi tahun berikutnya, berdasarkan kenaikan gaji aku setiap tahun.. Sebagai kerani gaji aku akan naik RM 95 jadi kenaikan tahunan yang akan dapat aku rasai setiap tahun adalah RM50 sahaja sebab selebihnya aku nak masukkan dalam ASB.

Jadi kira-kiranya aku dah buat dalam excel. Aku bajet sampai umur anak sulung aku 17 jadi lebih kurang 13 tahun daripada sekarang.

TAHUN PERTAMA = RM 45 SEBULAN
TAHUN KEDUA = RM 90 SEBULAN
TAHUN KETIGA = RM 135 SEBULAN
TAHUN KEEMPAT = RM 180 SEBULAN
TAHUN KELIMA = RM 225 SEBULAN
TAHUN KEENAM = RM 270 SEBULAN
TAHUN KETUJUH = RM 315 SEBULAN
TAHUN KELAPAN = RM 360 SEBULAN
TAHUN KESEMBILAN= RM 405 SEBULAN
TAHUN KESEPULUH = RM 450 SEBULAN
TAHUN KESEBELAS = RM 495 SEBULAN
TAHUN KEDUA BELAS = RM 540 SEBULAN
TAHUN KETIGA BELAS = RM 585 SEBULAN

Kalau aku simpan dalam ASB duit tu semua dengan kadar dividen 6% pada usia anak sulung aku 17 tahun nanti aku akan dapat lebih kurang RM 58,717.99.. Banyakkan!!! tu tak masuk lagi kalau nak tambah simpanan time hari raya ke dapat bonus ke durian runtuh ke.. memang cukup sangatla... tak kisahla kadar inflasi tu sebab pada masa yang sama gaji kita tu naik jugak RM 50 setahun..

Aku buat gini bukan apa sebab anak aku jarak umurnya dekat-dekat kalau paling koman pun masa pendaftaran untuk ke IPT mesti guna dalam RM 5000 gak sorang.


Khamis, 14 Mei 2015

SELAMAT HARI JADI JAZEERA AZ ZAHRAA HISYARUDDIN

Assalamualaikum

Hari ni aku nak bercerita pasal birthday anak aku yang ke 2. Jazeera pada 13 Mei 2015. semalam..Aku sebenarnya dalam dilema nak beli kek harijadi atau tak sebab kalau nak diikutkan dari sejarah pembelian kek harijadi yang aku buat.. memang tak abis laa makan.. Lantas membawa kepada pembaziran.. Sesungguhnya membazir itu sahabat Syaitan nirrajim..

Lantas aku melakukan carian google.. dan terlintas dibenakku untuk membuat kek aiskrim sendiri.. maka hasil carian google. aku adalah macam gambar kat bawah nih

 

Aku pun buatlaa.. senang je pun.. Bahan2nya
Kes aku pakai Cloud 9 Sebab Kit Kat Tak de



Aiskrim Nestle



Kit Kat
Coklat M & M

Kes aku pakai Nips pun tak pe

Kek Swiss Roll 
Kes aku pakai kek butter jeee

Last sekali Biskut Oreo
Ok.. Jadi dengan masa 10 minit aku buat kek nih.. jap 1.30ptg pastu simpan dalam freezer..

Hasil kek aku

Masa ni kek telah dirodok dengan hebatnya

sukala nyah dapat patung frozen..

Ce tengok budak kodad tu kelakor tak leh pakai mask sebab idung tak dop


Janji Happy..












Jumaat, 8 Mei 2015

ROS CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum hari ni aku nak bercerita pasal bunga ros yang dibeli oleh kakak ipar ku di Cameron Highland.. Mula2 aku pesan satu je bunga ros pastu dia bagi dua.. free pulak tu.. ribuan terima kasih la yek..


Warna ni la yang aku pesan untuk beli dari dia.. Takut gak nak tanam ros cameron highland ni.. sebab banyak jugak nak kene fikir pasal penyesuaian iklim..
Aku siap google dulu camana nak menyesuaikan pokok ni kat tanah rendah... kalau ikut kepada carian informasi yang telah aku dapat, 1-2 minggu pokok ni kene letak kat teduhan yang dapat cahaya 2-3 jam sehari seelok-eloknya matahari pagi jam 8-10..huhuhu.. Pastu minggu ke 2-3 pulak kenakan cahaya matahari jam 8-1 tghari.. minggu 3-4 dan seterusnya buleh la nak kenekan cahaya matahari  yek.. (tak tau la aku sendiri pun baru nak cube)


Ni pulak pokok extra yang dibeli.. kaler oren sikit nih.. tapi biasala pakai handpon canggih sangat tak nampak la keorenan nyeee


Pokok ni pulak aku beli kat Salloma Nursery harga RM 15 macam sama je pesen dia dengan Pokok Cameron Highland tu tapi tak tau la.. masih di bawah perlindungan cahaya matahari lagi nih.. Sama2la kita tunggu hasilnye nanti.. kalau buleh dibiakkan memang buleh bukak nursery la aku pulak nanti.. hehehehe..  





Rabu, 6 Mei 2015

NOSTALGIA VIDEO GAME ZAMAN 90an

Assalamualaikum

Aku nak bercerita pasal Nostalgia Video Game masa aku kecik.. bermula dengan Brick Game.. memang femes giler time tu.. bawak kemana2 bila tunggu bas keluarkan Brick Game dalam beg pastu main..

Lepastu bila zaman maju sikit keluar la game bleh sambung kat TV. Selalunya jenama SEGA. yang kena masukkan tape kat dalam pastu bleh la kita main ikut senarai permainan yang terdapat dalam tape tu..


Antara game yang femes zaman aku dulu-dulu adalah

SUPER MARIO
Tension giler kalau tak lepas2 levelnye.. paling tak suka kalau masuk dalam air tu.. payah nak kontrol.. huhuhu

PACMAN

ARKANOID

DONKEY KONG Lembab giler monyet tu panjat tali.. huhuhu cam siput

Tapi yang paling femes zaman tuh kalau lawan2 ni adalah......


STREET FIGHTER..

Kalau main game ni aku suka pakai karaktor 
RYU 

tak pun

GUILE


Aku memang suke benor main game nih

Kalau balik je sekolah aku tukar tv ke mode game dan main sampai tak hengat dunia.. huhuhu.. sebakul la bebelan mak aku.. tapi abang angah aku pun sama gak giler game..

Oleh sebab kegilaan yang menjadi-jadi zaman tu, maka keluar la lagu 4U2C yang hits berjudul 

Video Game



Tu je buat kali nih.. babaii...


Khamis, 30 April 2015

NOSTALGIA BALADA ROCK 90an HURUF S

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak bercerita pasal kumpulan slow rock yang terkenal zaman 90an dulu yang bermula dari huruf S... haa masa ni memang rock leleh la sebab rock dia bercampur dengan balada.. so jadi Balada Rock..  Kat bawah ni antara kumpulan yang memang menjadi siulan anak2 muda dulu.. anak2 sekarang pun ada gak yang nyanyi lagu gini kat pusat-pusat karaoke..

STING - KAU TETAP KU HAJATI



SLAM - TIDAK MUNGKIN BERPALING


SCREEN - KAU DIPAKSA AKU TERPAKSA


SPOON - RINDU SERINDU RINDUNYA


SLASH - TAMAN ASTAKONA


SCOIN - RINDU-RINDUAN JADI KENANG - KENANGAN


SAMUDERA - TITIAN HASRAT


SEJATI - BILA BUNGA DIPETIK ORANG


SWEET CHILD - TINGGAL SAYANG TINGGALLAH PUJAAN


SUCCESS - KERANA CINTA AKU TURUTKAN



SPRING - SEJIWA

Banyak lagi kumpulan yang bermula dari huruf S ni macam Sofaz, Storm, Straw, Selsius, Sup, Shades, Sunday..

Tapi yang paling Legend.. 

SEARCH - ISABELLA

Rabu, 29 April 2015

SARANG BURUNG CIAK

Assalamualaikum

Haa hari ni aku nak bercerita pasal sarang burung ciak... Sarang burung ni memang banyak di Pekan Pahang ni.. korang tau tak camana rupenyee?

haa cenggini la dia.. Tapi ni bukan sarang burung tempua tau.. Mana nak dapat


Haa burung ni bersarang kat pokok Akasia selalunye dan dekat ngan sawah padi sebab diorang makan padi.. tapi jaga2 sikit sebab selalunya diorang akan buat sarang berhampiran dengan sarang tebuan.. so kalau korang nak ambik kenela berhati-hati dan janganla ada penghuni yek.. sian dia


Haa ni koleksi yang husband ambik.. diletakkan di kolam mini aku tuh.. kalau nasib baik sarang ni akan jatuh dari pokok dengan sendirinya.. huhuhu


Sekian untuk tatapan korang dan kalau korang nak beli sarang nih buleh la bagitau aku yek.. camana?? tinggalkan la komen korang kat blog aku nih.. babai..




MACAMANA NAK SEMAK SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN GST

Assalamualaikum

Haa nak bercerita pasal benda yang paling hot sekarang ni iaitu GST.. kalau nak cek betul ke syarikat tu berdaftar buleh la gi kat sini

https://gst.customs.gov.my/TAP/_/

Kalau keluar screen macam kat bawah nih

Korang klik je button grey tu. Then akan kluar macam gambar kat bawah nih


Klik kat carikan status GST




Haaa kalau korang masuk nama perniagaan dan keluar No Registration Found macam kat atas tu buleh la buat report yek..

Tapi klu kluar cam kat bawah nih.. maka sohih la syarikat tu berdaftar dan kat resit diorang letak GST 6% ok..



Sekian untuk makluman...

SBDJ JILID 8

Assalamualaikum

Aku nak belanja lagi korang baca SBDJ Jilid 8 pulak


SBDJ JIlid 7

Assalamualaikum

Seperti biasa nak bagi korang baca SBDJ Jilid 7 Pulak

Nikmatilah


SBDJ Jilid 7

Selasa, 28 April 2015

NOSTALGIA UJANG 90an

Assalamualaikumm



Harini aku nak bercerita pasal seorang kartunis bernama Ujang.. Nama sebenar adalah Ibrahim Anon, yang merupakan anak kelahiran Kampung Juaseh Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan lahir pada 18 Oktober 1965.. Dapat nama ujang  diberi oleh Jaafar Taib sebab beliau asal dari Negeri Sembilan dan nama panggilan yang sinonim dengan negeri itu.. Sape plak Jaafar Taib ni.. Beliau adalah Pengarah Urusan Creative Enterprise Sdn. Bhd. (CESB). Lepastu Ujang keluar dari CESB dan joint ngan Kharisma Groups sebagai pengurus dan menghasilkan majalah sempena nama beliau Ujang dengan Moto Majalah Lawak Antarabangsa.

Dalam majalah ujang karektor Usop Sontorian telah dijadikan animasi dan menjadi filem animasi tempatan yang pertama. Lepastu penghujung tahun 1997 Ujang tinggalkan Kharisma dan membuatkan majalah Ujang tu terhenti pengeluarannya. Dia tubuhkan syarikat sendiri bernama Multi Triple Vision Sdn. Bhd. dan menerbitkan majalah Varia Lawak.

Tapi majalah beliau tergugat dengan kemunculan semula Majalah Ujang yang diterbitkan di bawah penerbitan MOY Publication,So karektor seperti Din Beramboi, Pak Din dan Usop Sontorian tak boleh dikeluarkan dalam majalah Varia Lawak sebab hak cipta terpelihara MOY Publication

KEKELIRUAN BERKENAAN UJANG DAN DIN BERAMBOI


  











Asalnya watak Din Beramboi ini terhasil daripada temubual pelajar dengan seorang pak cik yang tidak berapa waras yang bernama Din Beramboi. Semasa ini Ujang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Kaset temubuat itu tersebar luas namun dicetak dalam kadar yang sedikit. Ujang telah mendapat idea untuk mempopularkan karaktor Din Beramboi ini.. Beliau telah menggembar gemburkan watak berkenaan dalam Majalah Gila-Gila. Populariti Din Beramboi ini sangat meletop sehingga menjadi rebutan dan Meor Ahmad Fuad telah menyatakan bahawa dialah yang mencipta karaktor Din Beramboi ini.. Ujang menarik diri dalam perbicaraan kerana karaktor Din Beramboi tidak dipatenkan, namun karaktor yang dilukis berkenaan jelas kepunyaan Ujang. Ujang menukar nama Din Beramboi kepada Pak Cik Din yang lebih waras dan tidak gila-gila.


Pada pendapat aku kalau dikatunkan memang jelas milik Ujang tapi kalau dilihat pada zahir dan percakapan memang jelas milik Arwah Meor Ahmad Fuad.

NOSTALGIA ACE OF BASE


Assalamualaikum harini aku nak bercerita berkenaan dengan satu kumpulan yang popular zaman 90an dulu.. Ace Of Base. Kumpulan ini berasal daripada Sweeden. Konsep band ni adalah Dance-Pop. Kalau dengar lagu2 dia memang tak jemu la walaupun telah masuk 3 series dah usia aku, gegendang telinga aku masih boleh terima irama dari muzik kumpulan nih..

Bawah ni antara lagu-lagu yang memang menjadi pujaan hatiku..
Lamo dah tak dongar.. hehehe



Jumaat, 27 Mac 2015

Lagi Bunga Ros Kat Rumah Aku

Assalamualaikum

Rasanya sangat lama aku dah tak menulis.. Ok harini biasala aku nak bercerita berkenaan dengan bunga ros aku.. hehehe


Yang ni namanya Ros Batik aku beli kat Salloma Nursery kat Batu 6 RM 15 jee..


Yang ni pun rege dia RM 15.. sangat berbaloi membelinya.. berbunga saja.. 

Jadi tu je la aku nak update harini.. byeee




Isnin, 16 Februari 2015

Bunga Ros Aku

Assalamualaikum..

Aku nk bercerita berkenaan dengan taman mini aku tu.. ape la agaknye pokok2 yang aku tanam yek..  well klau nak tahu sila la tengok picture kat bawah ni yep

Ni pokok bunga ros yang aku ambil dari rumah ibu mertua ku.. Masa ni kali pertama berbunga ada 3 kuntum je.. dan kurus jee.. ok la kan

Yang ni pulak bila dah berumur 2 bulan.. ada 6 kuntum dah berbunga dan lagi 2 lagi nak mekar.. memang sangat menghiburkan.. bunga ni memang senang nak jaga.. cantik tak..

Haa. yang ni pemberian maksu aku... masa ni ada berbunga 2 kuntum aku ambik masa Krismas tahun 2014



Yang ni pulak setelah sebulan pokok ni duduk ngan aku.. ada 4 kuntum nak keluar.. memang sangat menggembirakan.. pasni aku nak buat anak pokok dia pulak.. memang berbaloi klu tanam pokok ni.. aku rasa ros ni dari thailand sebab tahan panas.. tak tau laa. bunga dia memang besar tapak tangan aku.. besar giler weii..

Aku tengah cari pokok Rainbow Rose ni.. mana ek nak cari.. hmmm



Semalam aku ada beli ros batik.. tak sempat lagi nak ambik gambar RM 15 jew aku beli di Salloma Nursery Kuantan.. tak mekar lagi.. nanti aku ambik gambar yep.. babai.. sekian..