So aku try Google naga dan mula mula sekali yang keluar adalah definisi naga dalam wikipedia ""Dalam agama Hindu,
Buddha dan Jainisme, Nāga (IAST: nāga; Devanāgarī: नाग) atau Nagi (f. Of nāga; IAST: nāgī;
Devanāgarī: नागी) [1]
adalah dewa ilahi, separa ilahi, atau separa ilahi bangsa makhluk separuh ular
separuh manusia yang tinggal di dunia bawah (Patala) dan kadang-kadang dapat
mengambil bentuk manusia. Mereka secara utamanya digambarkan dalam tiga bentuk:
manusia sepenuhnya dengan ular di kepala dan leher, ular biasa, atau sebagai
makhluk setengah ular setengah manusia. [2] Naga betina adalah
"Nagi", "Nagin", atau "Nagini". Nagaraja dilihat sebagai
raja nāgas dan nāginis. [3] Mereka biasa dan mempunyai kepentingan budaya dalam
tradisi mitologi banyak budaya Asia Selatan dan Asia Tenggara.""
Ular Akra (Suja’ul Akra)
Orang Islam yang meninggalkan sembahyang akan disiksa di
Alam Barzakh dengan seekor ular Akra (Suja’ul Akra). Ular ini yang akan
menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular
ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh
badan.
Akan muncul seekor ular yang bernama “Suja’ul Aqra” dan ular
itu berkata:“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan
sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian
dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan
sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan
seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh
Suja’ul Aqra hinggalah hari Kiamat.
Maksud Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan
Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang
matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat
pemukul dari besi berat”. Kalau digambarkan macam naga ular ni kan??
Abdurrazaq dan Ibnu jarir meriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia
berkata,”Sesungguhnya musuh Allah swt Iblis menawarkan dirinya
kepada setiap binatang melata, agar dapat membawanya masuk ke syurga dan
berbicara dengan Adam dan isterinya. Namun semua haiwan menolak tawarannya itu.
Lalu dia berkata kepada ular,”Aku akan melindungi dirimu dari gangguan Adam dan
engkau ada dalam jaminanku jika engkau memasukanku ke dalam syurga.’ Maka ular
itu membawa iblis diantara dua taringnya lalu masuk kedalam syurga. Tadinya
ular ini berjalan dengan empat kakinya lalu Allah menjadikannya berjalan di
atas perutnya
So aku rasa asal naga tu ada kaki tapi setelah ditarik kakinya ia pun menjadi ular.
Ibnu Abbas berkata,”Maka bunuhlah ular dimanapun kamu
terserempak dengannya. Pendamlah makhluk yang pernah mendapat jaminan dari
musuh Allah itu.” (Luqthul Marjan fi Ahkamil Jaan, Imam Suyuthi, edisi
terjemahan hal 178)
Iblis memberikan kedudukan istimewa kepada bangsa ular kerana
mereka pernah berjasa membantunya untuk menghasut dan seterusnya mengeluarkan
Adam dan Hawa dari syurga.Ular tersebut diletakkan (sebagai yang dekat dengan
Iblis) di istananya dan ular yang terkuat di Dunia ini adalah ULAR NAGA…
Naga Sekarang Adalah "Panglima" Istana Iblis Di
Lautan:
Imam Ahmad berkata bahawa telah bercerita kepadaku Yunus
dari Hammad bin Salamah dari Ali dari Abu Nadhrah dari Abu Said bahwasanya
Rasulullah S.A.W bersabda kepada Ibnu Shayyad:“Apa yang kamu lihat? Dia
menjawab, aku melihat singgasana di atas lautan yang dikelilingi oleh beberapa
ular. Maka Rasulullah bersabda: sesungguhnya, dia telah melihat singgahsana
Iblis.” (HR.Ahmad)
Ibnu Shayyad adalah tokoh yang sakti di zaman Rasulullah yang memiliki Kasyaf
Syaithani yang matanya mampu untuk menembus alam jin dengan bantuan Iblis
karena kekeramatannya para sahabat bahkan sampai menganggap Ibnu Shayyad ini
adalah Dajjal..Ibnu Shayyad dalam hadis pernah diuji oleh Rasulullah mengenai
Kasyaf Syaithaninya, kerana memang Ibnu Shayyad adalah salah satu kahin (dukun)
maka dapat melihat Istana Iblis yang dijaga oleh ular-ular naga.
Bahkan disebabkan berjasanya ular naga bagi Iblis, tidak
segan para Jin untuk merubah diri mereka menjadi ular disetiap kesempatan
ketika bertasyakul (mengalij rupa). Rasulullah bersabda: “Ular-ular itu adalah
jin yang mengubah rupa dan bentuknya sebagaimana Bani Israel yang berubah
bentuk menjadi rupa monyet dan babi” (H.R. Thabrani dengan sanad yang sahih)
Kewujudan Naga/Ular
Daripada Bangsa2 Jin
Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa’labah al-Khasyani, sabda
Rasulullah s.a.w :
“Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis
(sepertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi
(sepertiga lainnya) berupa ULAR dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau
sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan
(seperti manusia)”
Naga di Malaysia diambil dari (https://www.bukuprima.com.my/)
Naga Tasik Chini, Pahang
Naga adalah lambang kepada cerita lagenda Tasik Chini dan
sinonim dengan yang diceritakan oleh orang tua-tua dahulukala di mana naga naga
di sini telah dimakan sumpahan pada zaman tersebut. Naga Sisik Emas dikatakan
adalah seorang lelaki dan Naga Sisik Perak adalah seorang perempuan. Paza zaman
70-an dan 80-an dulu apabila musim banjir di kawasan tasik jelmaan naga dapat
dilihat waktu itu.
Mereka bermain di sekitar tasik yang dipenuhi air di semua
laut kerana air Sungai Pahang membuak serta berpusar memasuki tasik melalui
Sungai Chini. Ada peristiwa seorang pelancong dari England telah menyelam di
kawasan jeti. Sampai sahaja di lantai tasik, beliau ternampak pagar batu serta
menyusuri pagar berkenaan hingga ke pintu pagar di dalam air tersebut.
Alangkah terperanjatnya beliau kerana terlihat dua biji mata
merah yang besar di pintu pagar berkenaan dan dengan pantasnya beliau naik ke
atas kembali. Beliau tidak bercakap selama seminggu dan sekembalinya ke KL
barulah beliau menceritakan peristima tersebut kepada rakan beliau. Mungkin dua
mata merah yang besar tersebut adalah mata naga berkenaan.
Kisah 1
“Peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah, 51, berkata
kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya
pada 1986. Walaupun mungkin ada yang menganggap apa yang dikatakannya itu
sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan
sebaliknya. “Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum,
tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya.
Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya
hingga terkulai mati.
“Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana
melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian
mencampakkannya ke tasik,” katanya.
Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat,
seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia turut
membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot
kira-kira jam 10.00 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lengkungan badan
naga yang sangat besar muncul di permukaan air.
Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya
melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang
terhasil juga sangat kuat. Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi
di tepi tasik turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu
kuat,” katanya.
Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa
gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti
debu.
Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan
dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir. Lebih 30
bomoh yang saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini
tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988
tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit,” katanya.
Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya
lari meninggalkannya. Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemui
memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usahanya sendiri.
“Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya
sembuh selepas nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu. Saya
berdoa kepada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah
tasik, kemudian disapu ke seluruh badan.
“Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya
sembuh juga tetapi kenangan itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya
yang mungkin terkena sumpahan naga di situ,” katanya.”
Kisah 2 : Naga Sisik Emas. (Sang Gumum – Raja)
Berdasarkan cerita
rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik
Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di
Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang. Menurut cerita orang
tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan
hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam.
Pada satu hari,
ketika Kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul
seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan
mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya. Bagaimanapun, wanita itu
akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta
maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya
di tengah kawasan yang diterokai itu sambil memberi amaran supaya tidak
mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri.
Kumpulan itu terus
bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu dengan salakkan anjing di
pinggir kawasan yang dibersihkan.
Seorang daripada
mereka mengambil keputusan untuk mencari puncanya dan terkejut apabila
mendapati bunyi salakkan itu datang daripada sebatang kayu hitam besar yang
lapuk. Lalu dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke
arah batang kayu itu dan terperanjat apabila melihat darah memancut keluar
daripada kayu hitam berkenaan.
Dengan gementar dia
terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi
rakan-rakannya tidak mempercayainya.
Ketika itu juga awan
hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat.
Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan
dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu yang
dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta-merta air memancut keluar daripada
lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi
dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini.
Dongeng orang
tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga
Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan
Orang Asli dahulu ketika cuba menyelamatkan diri.
Cerita lagenda itu menjadi buah mulut masyarakat dahulu
sehingga sekarang walaupun Tasik Chini itu seluas 12,565 hektar termasuk
kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi
tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut yang
mengelilinginya, iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung,
Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan
Jemberau.
Kisah 3
BERATUS tahun lamanya
legenda naga mengisi pemikiran dan kepercayaan Orang Asli yang berumah di
sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang. Namun bagi Tok Batin Kampung Tanjong Puput,
Bahrain Sunta, 54, dia tidak pernah melihat dengan matanya sendiri kelibat sang
naga yang disebut-sebut itu. Yang dia tahu, ada yang memanggil haiwan itu Seri
Gumum, Seri Pahang, Seri Pekan atau Seri Daik.
Bagaimanapun katanya,
tidak menyaksikannya sendiri bukan bermakna dia tidak mempercayai legenda itu.
“Saya memang tak pernah jumpa (naga). Tetapi saya percaya ia wujud. Kalau
disebut naga, itu betul, harus percaya walaupun tidak melihatnya dengan mata
sendiri.
Anak saya pernah
ternampak seekor naga pada tahun 2000. Katanya dia tengok badan dan kepalanya.
Empat tahun kemudian, seorang anak kecil nampak naga itu meluru dengan
muncungnya menghala ke arahnya. Apabila anak itu menjerit, kelibat makhluk itu
terus hilang.
“Budak itu ceritakan
kepada kami tentang mukanya yang sebesar kepala lembu. Menakutkan! Anak itu
trauma sampailah demam,” kenang Bahrain.
Malah sebelum itu,
ketua keluarga di Tanjong Puput ini sudah banyak kali menyaksikan penduduk
kampung lari lintang-pukang kononnya ternampak makhluk misteri itu. Mengakui
mendengar kisah itu daripada nenek moyangnya melalui penceritaan daripada mulut
ke mulut, Bahrain turut menggunakan pendekatan yang sama terhadap anak-anaknya.
“Ia diperturunkan
sebagai satu sejarah. Tujuannya ialah supaya anak-anak berhati-hati ketika
menghampiri air,” ujar bapa kepada 12 orang anak yang berumur antara 10 hingga
30 tahun ini. Bahrain tidak pula menganggap mereka yang mendakwa pernah melihat
naga itu sebagai memiliki kelebihan atau keistimewaan.
“Sudah nasib mereka
untuk jumpa naga itu. Saya percaya ada orang tertentu yang boleh nampak, bukan
semua orang. Tetapi mereka tidak ada kelebihan apa-apa berbanding orang lain,”
kata Bahrain. Penduduk kampung juga tidak pernah risau memikirkan tentang sang
naga.
“Ia bukan ancaman
untuk kami. Belum pernah lagi ia mengganggu kami. Hanya sekali-sekala dilihat
di permukaan air,” sambungnya.
Menurut Bahrain,
tiada sebarang upacara dibuat untuk ‘mententeramkan’ haiwan itu, jauh sekali
memujanya. Yang pasti, penduduk Tanjung Puput hidup seperti biasa, jauh
daripada ketakutan terhadap seekor naga yang entahkan ada, entahkan tidak.
Bahrain berkata,
sudah ada antara anak kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke
peringkat universiti. “Seorang sudah habis belajar dan sekarang menjadi
pengurus Risda di Sungai Terpai, Pahang. Ada juga yang sedang belajar di
Universiti Putra Malaysia,” jelas Bahrain. Namun dia juga mengakui ramai anak
kampung tidak lagi menyambung pelajaran selepas tamat sekolah menengah.
Pandangan dilempar ke
pondok terbuka bersebelahan. Sekumpulan wanita sedang asyik meraut batang kayu
renyah, gedomba dan relung untuk menghasilkan sumpit. Sima yang merupakan
isteri Bahrain, cukup bersahaja melakukannya.
“Inilah aktiviti kami
setiap hari. Yang perempuan buat kerja-kerja kraf atau masuk ke hutan mencari
produk hutan. Yang lelaki masuk ke hutan untuk berburu atau ke laut mencari
ikan,” katanya yang menjelaskan perkataan laut sebenarnya merujuk kepada
bahagian-bahagian tasik di sini.
Langsung tidak
membuatkan kami berasa jauh di pedalaman, Sima mudah saja berkongsi bahawa
legenda naga tidak banyak mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Lima keluarga
yang dianggotai lebih lapan orang setiap satunya meneruskan hidup di kampung
ini tanpa rasa terhimpit dengan legenda yang masih ‘bernyawa’ itu.
Naga Sisik Perak.
(Sang Chini – Permaisuri)
Kisah 4
Sebuah lagi lagenda
Tasik Chini adalah berkenaan kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam
di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah
penemuan beberapa artifak seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan
tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru
ini.
Ramai juga membuat
spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian
unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta
Buddha, tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai
yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat bahawa teratai Tasik Chini
tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik
Chini yang tenggelam.
Sumber : negeripahang.com
* Kisah naga Tasik
Chini juga terdapat di dalam novel Sang Purba karya Naim Tamdjis. Naga bernama
Sri Gumum yang membawa Haziq watak utama di dalam novel ini menentang makhluk
jahat, Sang Purba.
Kesimpulan Aku.
- Asalnya naga telah bertukar menjadi ular setelah dihilangkan kakinya kerana peristiwa membawa masuk iblis ke syurga.
- Naga menjadi penjaga takhta iblis dilautan sehingga sekarang. Tu pasal korang akan jumpa binatang pelik pelik dalam laut.. Boleh dikatakan laut tu misteri yang tak terungkap oleh manusia lagi.
- Aku rasa naga tu tinggal kat laut atau kawasan yang berair.. banyak penemuan dikaitkan dengan kawasan yang berair seperti tasik, laut dan lombong
- Naga adalah makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanya orang orang yang tertentu dan bernasib baik jer boleh terserempak dengannya. Tu pasal banyak penceritaan berkenaan naga bukan setakat di Malaysia tapi seluruh dunia.
Aku rasa tu jela kesimpulan yang dapat aku bagi.. kalau ada yang salah tu harap maaf mohon diperbetulkan kesimpulan aku ni hanya dari pandangan aku dan jangan pulak dijadikan batu pengukur untuk kewujudan naga.. wallahualam.