Isnin, 10 Ogos 2020

SAKA HARIMAU

 Assalamualaikum

Harini aku nak bercerita pasal SAKA.. tapi bukan semua saka cuma spesifik kepada --SAKA HARIMAU--

Kenapa pilih saka jenis ni.. sebab aku ada  pengalaman yang boleh dikongsikan heheheeeeee.

So kita masuk kepada definisi dulu. Saka ni adalah makhluk halus atau jin yang dipelihara oleh manusia sama ada manusia tu sedar atau pun tak.. hmmm... So kenapa orang bela saka ni yek?? kalau zaman dulu kala, diorang bela sebab nak jaga tanah, harta atau anak bini sebab orang zaman dulu dulu ni selalu merantau ke negeri lain dalam jangka masa yang lama. Ada jugak yang bela saka ni sebab nak buat khianat dengan orang lain nak tunjuk diri dia hebat dan berkuasa.. walhal diaorang tak tahu yang berkuasa tu hanyalah Allah s.w.t. 

Jadi kita balik semula kepada soal SAKA HARIMAU ni. Berasal atau selalunya dimiliki oleh orang Negeri Sembilan kerana mereka berakal umbi daripada Sumatera sana.. Seperti yang korang tahu orang Negeri Sembilan ni nenek moyangnya asal dari Minangkabau Sumatera. Jadi kalau tak ada ilmu dunia memang diorang tak merantau ler jauh jauh sampai bumi Malaya ni kan. 


Selalunya saka harimau ini diwarisi oleh kaum wanita kerana selalunya kaum wanita akan menjadi ketua rumah semasa ketiadaan kaum lelaki.. sebab orang minangkabau ni suka mengembara jadi dia tinggalkan la harta dan saka sakanya sekali dekat bini dan anak anak perempuan dia.. hurmmm

Selalunya saka ini perlu diwarisi contohnya kalau nenek dulu ada saka harimau maka akan diwarisi oleh anak perempuan dan seterusnya cucu perempuan.. kalau tiada anak perempuan atau cucu perempuan dia akan mencari keturunan yang dekat untuk dijadikan tuan. 

Kalau ada orang yang berniat tidak baik dan mahu menganiaya kaum kerabat si saka harimau ni selalunya akan nampak penampakan harimau ni kalau si penjahat melalui teratak(rumah) si pembela saka harimau nih..

Berdasarkan pengalaman aku, nyang angkat aku (nenek aku punya mak angkat) dulu ada membela Saka Harimau ni.. ada 7 ekor semuanya.... Jeng jeng jeng...dulu masa time mak aku kecik kecik dia duduk dengan nyang aku nih. dia pernah cerita dengan aku masa nyang aku demam atau sakit dia cukup takut sebab akan dengar bunyi harimau mendengus dengus di bawah rumah dan menggesel geselkan badan dekat tiang rumah (dulu-dulu rumah kayu tinggi ada tiang) dan nyang aku akan berbicara dengan makhluk tu " diam la sikit takut anak cucu den ni haaa". tak lama lepas tu ada kucing dan naik ke atas rumah dan duduk dekat dengan nyang aku.. tak tahu la kalau dia menyerupai kucing.

Untuk makluman korang nyang aku ni pun pandai mengurut.. jadi tak dapat di sangkal laa dakwaan yang Pembela Saka ini untuk pengamal urutan tradisional di Negeri Sembilan... Nyang aku nih putih orang nya pernah ada orang nak aniaya dia dan buat tak baik dengan dia.. maka bersilat dan berparang la orang tua tu dengan si pembuat aniaya..Maka lintang pukang tak cukup tanah ler orang tu melarikan diri.. huhuhuhu dia pun panas baran orangnya.. memang orang yang bela saka ni akan jadi pemarah.. 

Pernah satu ketika ada orang nak mencuri Buah Kuinin di kawasan teratak rumah nyang aku ni.. tapi terkejut dengan penampakan harimau sebesar anak gajah dekat perdu pokok tu.. maka kecoh lah sekampung dia bagi tau nyang aku nih bela harimau.. hehehehe

Arwah ayah aku pun pernah ternampak jelmaan harimau ini di teratak nyang aku.. tapi bende tu menyerupai kerbau yang sangat besar.. masa tu dia baru kahwin dengan mak aku..time tu tandas kat luar so dia pun pergi tiba tiba ternampak kelibat Kerbau yang sangat besar di perdu pokok di belakang tandas.. bila disuarakan perkara tu ke nyang saya maka jawapannya adalah " dio nak kona dongan kau tu"....maka arwah ayah saya pun diam sahaja dan semenjak dari kejadian tu dia tak pernah jumpa jelmaan tu lagi. 

Lebih kurang cam ni la gambaran tandas orang zaman dulu dulu.. ko bayangkan kalau nak gi time waktu malam dia punye seram tu mengalahkan cerita Insidious 

Bila nyang aku dah tak de dia pulak tak de waris dari darah daging yang sebenar.. jadi sakanya duk menempel pada uwan aku pulak.. uwan aku nih memang tak nak benda benda macam ni tapi benda tu duk menempel kat dia.. so banyak kali la dia tak sedarkan diri.. mana dengan jin lain lagi masuk kat badan mana dengan saka orang lain yang nak beradu kekuatan lagi.. pelik sungguh manusia ni kan.. kalau time dia tak sedar tu macam macam la yang duk duduk dalam badan Puteri la nenek la panglima hitam la.. huh.. tapi aku tak nak cerita dulu pasal bende bende lain.. nak fokus untuk saka harimau je dulu.. saka harimau ni tak masuk badan cuma dia duk bergentayangan la kat teratak rumah tu.. masa berubat dengan beberapa ustaz diorang cakap harimau harimau tu ada yang dah mati ada yang kurus kering ada yang hilang gi tempat lain.. wallahualam.. 

Mujur mak aku tak ade saka yang nak menempel.. apa ubatnya?? mengaji.. baca yassin tiap tiap malam dengan bacaan yang betul sebutannya.. insyaallah saka ke jin ke syiton ke semua tak nak..pokok pangkalnya adalah nawaitu kita tu.. ko nak ke tak nak SAKA ni.. kalau hati kau 50/50 bende ni mesti nak menempel dengan ko.. tiada kuasa yang lebih besar dari Allah tu kalau ko rasa bela saka boleh jaga ko anak beranak dan boleh protect ko dari jin atau syaitan orang lain ko silap besar..ko tak tahu ke yang jin dan syaitan tu berkomplot untuk menyesatkan manusia dari dulu lagi sampai kiamat.. tak de makne nya kekuatan ilmu dunia ni yang besar dan kuat tu cuma kuasa Allah s.w.t.. 

So setakat ni lah aku membebel weh.. maaf ler kalau penulisan aku ni agak kasar dan mungkin ada yang tak berkenan tapi blog akukan aku punya suke la hehehehehe.. so wallahualam... byee...

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum, terima kasih sudi berkongsi kisah. Belah arwah nak saya .org sumatera jugak. Nak sepupu dia pun ada 2 ekor, satu putih nama kobis, sebab Kelly nya besar Dan rimau putih.. maybe yg belang putih Hitam tu Kot. Atau putih semua wallahu’alam. Sekor lagi Nama tengkih ada satu kaki dia kecik atau capek. Tempang la senang cakap. Arwah mak saya dapat Melihat 2 ekor tu masa dia usia 10 ke 12 tahun... ni tahun 40 Han. Dah la terkejut berok baru nak lelap bunyi rimau mengaum.. mak sepupu dia tak sihat, maka nenek saya suruh pi teman. Yer la dia sorang.. tak nikah Sampai ke tua. Siap panggil arwah mak.. nak kenalkan. Terkencing dalam kain atau pelantar nengok 2 ekor. AllahuRobbi.

    BalasPadam
  2. Mohon maaf byk kesilapan menaip. Angkara auto correct. Tak check plak. Kelly = kepala
    Nak = Mak.

    BalasPadam