Huiiihhh lama giler la tak menulis blog nih.. last tahun 2017 huhuhu.. bukan malas tapi tak de mase... so topik yang pertama ni aku nak menulis pasal ape yek.. hmmm
banyak sangat cerita nak kongsi tapi kite buat tajuk yang biasa biasa dulu iaitu...... kegilaan aku bermain Mobile Legends Bang Bang sekarang.. huuhhu.. buleh tak dah tua tua baru nak main.. huhuhu..
Well kegilaan ini terbit sewaktu PKP aritu.. ala time kena kurung kat rumah sebab Covid-19 aku malas nak cerita pasal Covid ni sebab bosan.. huhu.. so yang ajar aku main ni anak aku umur 9 tahun ngan 10 tahun.. so aku pun try la install kat handset baru yang murah tu.. so aku pun try ler main.. aku ingat sokmo main dengan komputer rupe2 nya main live dengan orang.. Terbongkar sebab aku hidupkan pendengar suara.. so dengar la sumpah seranah dan lolongan pemain pemain yang telah di Slain oleh pemain lain.. so bermula daripada situ aku pun dok mengkaji amende Mobile Legends ni.. So hasil googlelan aku adalah.
- MLBB ni di punyai oleh Syarikat Moonton yang berada di China dan diterbitkan pada 11 Julai 2016 dulu.
- MLBB ini adalah pertarungan di atas talian yang direka untuk telefon bimbit android.
- Ada dua pasukan yang akan bertarung 5 vs 5 menggunakan wira - wira yang kita pilih.
- Target utama adalah untuk memusnahkan menara (turrets) musuh di samping melawan minion(musuh2 kementot) yang dikeluarkan 3 ekor di setiap laluan
- MLBB ni popular di Asia Tenggara
- MLBB ni ada pertandingan dan boleh jana pendapatan kalau pro laa
Kat atas ni ler gambar pahlawan pahlawan yang hebat sangat tu ler
So mula mula aku masuk tu ada helo baru nama Yu Zhong
Hensem tak??..So aku pun kumpul duit kemenangan dengan menggunakan Battle Point untuk membeli Pahlawan nih.. so dapat lerrr...
Pastu aku beli sorang/seekor Tank yang bernama Akai..
Comel tak? sekali imbas macam Po cerita Kung Fu Panda tu...
Selalunya kalau tank aku suka ambik Balmond .. Balmond ni dia bagi free je..
So setakat ni aku dah master Layla, Miya, dan Balmond tu..
Tapi aku rasa pahlawan yang paling kuat adalah Hanzo.. ntah kenapa aku rasa dia power sebab ada jurus boleh keluarkan roh dari badan gi bunuh orang. hahhahahha
Tapi kena pandai la main Hanzo ni sebab masa dia keluarkan roh pada badan tu dia kena duduk dalam semak atau tempat tempat yang selamat agar musuh tak serang dia masa time dia tengah menurun memanggil hantu dia hahahahah....
Aku pun suka ada sorang hero ni nama di Sun
Karakter ni aku rasa diinspirasikan daripada watak Monkey King mitos Cina iaitu Sun Wukong. Kebolehan Sun ni adalah dia boleh buat diri dia bertambah dan kembar dia tu kalau pukul musuh boleh menyembuhkan luka badan dia.. cewah..
Banyak lagi hero hero lain.. Macam Layla dengan Miya tu dia katagori Marksman. Senang sikit nak guna tu pasal diaorang dapat aku masterkan dulu.. macam Balmond tu dia kategori Tank.. dimana ketahanan dia agak lasak untuk menerima serangan serangan musuh tahap pertama. Aku cuma tak pernah pakai Alucard lagi walaupun aku tahu serangan dia bagus dan mantap
Dah la cukup ler setakat nih.. dah panjang lebar dah aku membebel.. nanti kalau ada masa akan aku kupas pahlawan pahlawan ni sorang sorang.. tu pun kalau aku rajin la kan. ehehhe... okkey babaiiiiii.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan