Khamis, 11 Disember 2014

DIY - Jus Aloe Vera

Assalamualaikum..

Malam tadi aku siang pokok Aloe Vera yang diberi oleh profesor kat tempat aku keje. Dia kata benih pokok tu berasal dari Amerika. Tak pernah pun buat lagi jus aloe vera ni tapi aku try jugak buat malam tadi..


Ini la pokok aloe vera tuh.. memang besar gabok giler laa


Setelah kiri dan kanan dipotong dengan pisau, 


Aku keluarkan isinya dengan menggunakan pengupas lobak tu.. hiris sume yang warna hijau tu dan kemudian dapatlah hasil seperti di atas


Aku siang lebih kurang dalam 3 batang daun dapat satu tapis gini.. memang puas hatila isinye banyak kalau dibandingkan dengan daun lidah buaya kampung.. satu lagi lendir kuning dia memang tak de.. so memang patut pun baka jenis ni yang digunakan untuk membuat minuman tuh..

Setelah disiang keseluruhannya aku masukkan di dalam balang dan letak dalam peti sejuk.. Ingat malam ni nak blend letak air gula dan minum dengan jus limau.. memang terbaik untuk kesihatan.. so to be continue...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan