Semua orang sedia maklum bermula dari 24 Disember yang lepas hujan tak berhenti-henti di kawasan pantai timur. Nak dijadikan cerita semalam 29 Disember 2014 aku bersama kak Sal, Kak Ti , En Husband, dan Kak Cik Bela telah menjalankan operasi menyelamat bot daripada dihanyutkan sungai Pahang.. huhuhu
Mula-mula tu nak tengok air je kat belakang rumah ibu mertua ku..
Waa.. dah tak nampak titian ke jeti sana.. ini bermakna sudah parah...
Jadi dalam keadaan hujan renyai-renyai dan kenkadang lebat tu kitaorang tekad untuk menyelamatkan 2 buah bot daripada karam..
Bot kiteorang yang belah kanan tu.. haa nampak air sudah naik ke darat... kalau hujan lebat lagi dikhuatiri akan menghanyutkan bot...
Jadi aku pun membuang air hujan yang bertakung dalam bot tu.. giler nak tolak bot ada air.. bapak berat..
Dengan kekuatan berskala sorang lelaki dan tiga orang perempuan kami dengan sedaya upaya menarik dan menolak bot ke atas darat.. huhuhu
Tengok tu hujan lebat.. lepas dah tolak tu kene tangkupkan pulak.. takut air ujan bertakung.. Banyak giler teritip.. Korang tau tak teritip??
Bot yang kedua tak sempat ambik gambar sebab tukang ambik yakni Kak Cik Bella telah melarikan diri kerana hujan mencurah2 dan dikhuatiri demamkan.. lagipun nak sekolah...
Jadi.. sekian buat waktu ni.. pengalaman yang jarang-jarang dapat di temui di kawasan yang tak mempunyai bot atau tak banjir.. huhuhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan