Selasa, 30 Disember 2014

TERATAK AKU - KOLAM MINI DIY

Assalamualaikum

Setiap orang pasti akan teringin ada kolam mini sendiri di rumah sendiri.. Oleh itu aku dan husband telah memutuskan agar membuat kolam mini sendiri di sebelah rumah aku.. tak la besar sangat tapi dalam taman mini aku jugak la.


Ni masa mula mula dikorek dan diletak besi untuk memegak simen yang akan dilepa nanti. 


Kelihatan En. Husband tengah tekun dalam menyiapkan dasar kolam mini tuh..


Kolam mini yang dah nak siap.. buleh laaa.. janji ada... 


Jeng jeng jeng... setelah jenuh mengutip batu di tepi jalan Sungai Lembing kelmarin.. aku jadikan sebagai aksesori tambahan untuk dekorasi air terjun berkenaan.. air terjun tu pun buat sendiri tau.. kene pakai besi dan sebagainya..

  
Gambaran dari sisi sebelah kanan.. cantik tak?? Tempayan tu baru rembat kat rumah mak mertua aku.. adoiyai..


Gambaran dari hadapan.. lebih kurang laa.. perlu mencari pokok lebih banyak lagi untuk merimbunkan kawasan tepi kolam berkenaan... Ingat nak bela ikan koi dalamnye sedikit masa lagi buleh la dilepaskan sebab kene tunggu chemical dalam kolam tu dah bersih baru ikan tu buleh hidup.. 

Sekian untuk setakat ni.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan