Rabu, 31 Disember 2014

Banjir Di Tanah Pulau

Assalamualaikum

Pada 31 Disember 2014 en husband telah melawat tanah di pulau yang kami usahakan untuk bercucuk tanam.. tapi sangat menyedihkan bahawa segala pokok yang ditanah telah dilitupi air bah.. lihatlah gambar di bawah..

Laluan yang digunakan untuk ke tanah pulau berkenaan.. Jambatan kat depan tu dulunye tinggi boleh lalu bot bawah tu untuk kelaut tapi sekarang.. tak bleh dah..

  



Tujuan ke tanah pulau ni sebenarnya nak tengok pam air yang dipasang dulu kat situ untuk menyirami pokok2 sayur kat sana.. tapi hampa.. pam rosak pokok pun tenggelam sudah..

Sekian.. untuk hari nih..


SBDJ - Siri bercakap dengan jin Drama bersiri episod satu

Assalamualaikum

Aku nak berkongsi drama bersiri SBDJ arahan Lando Zawawi untuk tatapan anda sume yang terlepas episod satu arituh.. Harap korang enjoy...




Selasa, 30 Disember 2014

BERITA KEHILANGAN PESAWAT AIR ASIA QZ8501

Assalamualaikum

28 Disember 2014 yang lalu Malaysia digemparkan lagi dengan kehilangan sebuah pesawat penumpang dari Surabaya menuju ke Singapura yang dimiliki oleh Air Asia... Pesawat berkenaan bernombor QZ8501 berkenaan dikatakan meminta keizinan untuk terbang lebih tinggi sebelum ghaib di dalam awan. Mungkin faktor cuaca mempengaruhi penerbangan tersebut yang memaksa pilot berkenaan berbuat sebegitu.

29 Disember 2014 Malaysia menghantar tiga Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia diarah ke perairan Belitung Indonesia.

30 Disember 2014. Serpihan kapal terbang berkenaan telah dijumpai di Selat Karimata, Indonesia. Pasukan menemui jasad terumbang ambing di perairan berkenaan terumbang ambing tidak jauh daripada penemuan serpihan pesawat berkenaan ditemui.
Berikut adalah info berkenaan dengan tragedi berkenaan.



Di bawah ini adalah kenyataan daripada Ketua BASARNAS, Marsekal Madya FHB. Sulistyo berkenaan penuam berkenaan..Video Ihsan MetroTV Indonesia.


Al Fatihah untuk penumpang yang beragama Islam dan takziah diucapkan

TERATAK AKU - KOLAM MINI DIY

Assalamualaikum

Setiap orang pasti akan teringin ada kolam mini sendiri di rumah sendiri.. Oleh itu aku dan husband telah memutuskan agar membuat kolam mini sendiri di sebelah rumah aku.. tak la besar sangat tapi dalam taman mini aku jugak la.


Ni masa mula mula dikorek dan diletak besi untuk memegak simen yang akan dilepa nanti. 


Kelihatan En. Husband tengah tekun dalam menyiapkan dasar kolam mini tuh..


Kolam mini yang dah nak siap.. buleh laaa.. janji ada... 


Jeng jeng jeng... setelah jenuh mengutip batu di tepi jalan Sungai Lembing kelmarin.. aku jadikan sebagai aksesori tambahan untuk dekorasi air terjun berkenaan.. air terjun tu pun buat sendiri tau.. kene pakai besi dan sebagainya..

  
Gambaran dari sisi sebelah kanan.. cantik tak?? Tempayan tu baru rembat kat rumah mak mertua aku.. adoiyai..


Gambaran dari hadapan.. lebih kurang laa.. perlu mencari pokok lebih banyak lagi untuk merimbunkan kawasan tepi kolam berkenaan... Ingat nak bela ikan koi dalamnye sedikit masa lagi buleh la dilepaskan sebab kene tunggu chemical dalam kolam tu dah bersih baru ikan tu buleh hidup.. 

Sekian untuk setakat ni.. 



Misi Menyelamatkan Bot Dari Hanyut..

Assalamualaikum

Semua orang sedia maklum bermula dari 24 Disember yang lepas hujan tak berhenti-henti di kawasan pantai timur. Nak dijadikan cerita semalam 29 Disember 2014 aku bersama kak Sal, Kak Ti , En Husband, dan Kak Cik Bela telah menjalankan operasi menyelamat bot daripada dihanyutkan sungai Pahang.. huhuhu

Mula-mula tu nak tengok air je kat belakang rumah ibu mertua ku..


Waa.. dah tak nampak titian ke jeti sana.. ini bermakna sudah parah...
Jadi dalam keadaan hujan renyai-renyai dan kenkadang lebat tu kitaorang tekad untuk menyelamatkan 2 buah bot daripada karam..


Bot kiteorang yang belah kanan tu.. haa nampak air sudah naik ke darat... kalau hujan lebat lagi dikhuatiri akan menghanyutkan bot... 

Jadi aku pun membuang air hujan yang bertakung dalam bot tu.. giler nak tolak bot ada air.. bapak berat..

Dengan kekuatan berskala sorang lelaki dan tiga orang perempuan kami dengan sedaya upaya menarik dan menolak bot ke atas darat.. huhuhu

Tengok tu hujan lebat.. lepas dah tolak tu kene tangkupkan pulak.. takut air ujan bertakung.. Banyak giler teritip.. Korang tau tak teritip??

Bot yang kedua tak sempat ambik gambar sebab tukang ambik yakni Kak Cik Bella telah melarikan diri kerana hujan mencurah2 dan dikhuatiri demamkan.. lagipun nak sekolah...
Jadi.. sekian buat waktu ni.. pengalaman yang jarang-jarang dapat di temui di kawasan yang tak mempunyai bot atau tak banjir.. huhuhu.. 





Tutorial : Macamana Nak Masukkan PDF Dalam Blog

Assalamualaikum

Hari ni aku terajin nak menulis tutorial cara-cara nak memasukkan PDF dalam Blog Korang Memula korang pergi ke https://www.scribd.com dan kemudian log in guna akaun FB pun buleh.. tak yah pening pening kepala

Kemudian korang pergi ke bahagian atas belah kanan tekan upload then pilih la fail PDF berkenaan Kemudian tekan save dan next.. dia akan bagi embed code tu.. Copy

Kemudian pergi kat blog korang tulis catatan baru.. pastu last tukar kod HTML dan paste embed code tadi.. kemudian tengok hasil nyeee..

Selamat mencuba


SBDJ - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN JILID 1

Assalamualaikum..

Seperti yang korang sume tau SBDJ ni dah banyak kali diulang cetak.. contohnye SBDJ JILID 1 nih..
  

Sekarang dah ada syarikat baru yang mencetak semula SBDJ ni iaitu . Nafiela Books.. So cover baru dia macam ni la. Korang boleh beli dengan harga RM 25.80 di kedai-kedai buku yang berhampiran. 


Untuk Jilid 1 ni kandungan yang terdapat dalamnye adalah 

Bercakap Dengan Jin
Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan
Tidur di Rumah Bunian
Kereta Datuk Tersadai di Tepi Jalan
Berjaga di Hujung Jambatan
Melihat Jembalang AIr
Terkencing Dalam Seluar
Manusia Berkepala Anjing 
Panjat Bilik Anak Dara
Mencari Harta Karun
Menunggang Harimau Di Tengah Malam
Toyong Jadi-Jadian
Penunggu Hutan Hulu Kinta
Bersuamikan Hantu Raya
Dikejar Mayat
Kain Dalam Perut Gadis
Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli
Diganggu Lembaga Hitam
Diresapi Semangat Monyet
Memburu Raja Pukau 
Berguru Dengan Syaitan
Penunggu Rumah Tok Kaya Sendi Diraja
Roh Bayi Mencari Ibu
Puaka Tiang Seri

Kesemua Jilid SBDJ ni aku ada secara online.. jadi aku dah baca la sampai habis.. Kalau korang tengok Drama SBDJ yang ditayangkan di Astro 134 tu memang lambat la sikit nak abis.. huhuhu.. dan feelnye pun kureng sikitlaaa. Korang nak bace ke?
aku bagi free k.. 

Boleh Baca DI SINI



Pasu Bernilai RM 3.45 juta

Assalamualaikum

Aku nak bercerita pasal pasu bunga yang mahal walaupun dah sumbing..

Kejadian berlaku kat London.. sepasang suami isteri telah nak jual pasu diaorang dengan RM 3.45 juta selepas mendapati pasu yang selama ni diorang guna untuk letak bunga plastik diorang tu adalah peninggalan abad ke -18 China.. Asalnya pasu ni diwarisi dari mendiang bapa si isteri yang memang tak tahu langsung asal usul pasu tuh..
Menurut dia lagi bapanya telah memberli pasu tu pada tahun 1960.  Jadi diorang pun hantar beberapa barangan antik yang nak dijual kepada syarikat lelong termasuklah gambar pasu sumbing tu.. Serta-merta seorang pakar pasu dari china telah mengesahkan bahawa pasu itu adalah dari abad ke 18 untuk sebuah istana Maharaja China, Qianlong..  Diorang sangat terkejut bila syarikat tu meletakkan prajualan sebanyak RM 54,427.50. Walaubagaimanapun, dengan kehadiran Pembida dari China, Hong Kong, Taiwan dan Kanada pada hari jualan, harga pasu itu telah meningkat kepada RM544,87 sebelum dibeli oleh seoran gpembida pada harga RM 2.83 Juta. Bila dah tambah yuran untuk dibayar kepada pasu tu sume jumlah untuk mendapatkan pasu tersebut adalah sebanyak RM 3.45 Juta..
Wow... Jom kita tengok pasu tu..  

Ni la gambor pasu ijau berketinggian 12inci berwarna hijau kekuningan tuh.. hmm biasa je aku tengok


Ni lah sumbing yang aku cakap tuh.. waa dah sumbing pun leh jual lagi harga RM 3.45juta.. huhuhu kalau tak sumbing mau cecah RM 5 Juta kot..

Pasni aku nak jualla jugak pasu mak aku yang dia selalu beli kat Ayer Hitam Johor pada awal tahun 1990an dulu mesti bleh dapat RM 50 k paling kurang.. adoiyai..




Duit Syiling Malaysia Termahal

Assalamualaikum Hari ni aku nak bercerita pasal Duit Syiling Malaysia yang paling mahal

Didalam artikel ini adalah senarai Top 6 Duit syiling edaran Malaysia termahal yang pernah dijual didalam acara lelongan awam. Pada masa ini, rekod duit syiling Malaysia termahal pernah dijual didalam acara lelongan awam adalah syiling 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura pada 4 Oktober 2014. Kebanyakkan duit syiling didalam senarai ini adalah duit syiling yang dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau dulunya dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA). Koleksi Master Sifu Wong Hon Sum, collector dari Singapura yang biasanya dikaitkan dengan Wang Kertas JIM (Japanese Invasion Money) yang dilelong didalam acara lelongan tersebut sentiasa mendapat bidaan tertinggi kerana ia adalah koleksi yang mempunyai gred terbaik untuk syiling-syiling tersebut.

1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846 50 sen 1969

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969. Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.

2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769 copper clad steel

Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli. Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.


 3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942 50 sen 1968



Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli). Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.



4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253 1969 50 sen

Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55. Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.


 5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600 50 sen 1967
Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.


 6. 1 sen 1976 Copper PCGS MS65 RD dilelong RM7550 rare coin
Pada 27 Mac 2013, semasa acara lelongan yang dianjurkan oleh Monetarium Singapore, duit syiling 1 sen 1976 copper telah terjual dengan harga RM7,550 (termasuk komisen dan cukai). Duit syiling tersebut digred oleh Professional Coin Grading Service (PCGS) "sebagai Bronze: 1-Sen 1976 (KM1) PCGS MS65 RD". Setakat ini masih belum diketahui siapa pemenang lelongan tersebut.

Bukan semua duit syiling 1 sen yang melekat magnet perlu di ambil perhatian oleh collector. Syiling biasanya diuji dengan magnet untuk pemeriksaan mudah, sama ada ianya menggunakan logam yang berbeza daripada logam asal. Untuk memudahkan anda, saya telah menulis mengenai syiling yang anda perlu periksa dengan magnet didalam artikel yang berikut; What coin need to test with magnet. Info Duit Syiling 50 sen 1969 Milled edge dan security Edge Kebanyakan duit syiling yang ada pada bukan collector adalah duit syiling security edge atau panggilan biasanya 50 sen berparit untuk tahun 1967, 1968 dan 1969. Anda boleh melihat disebelah tepi syiling itu terbelah dua dan ada garisan seperti parit ditengahnya. Syiling ini tidak mempunyai harga yang tinggi pada kondisi Very Fine sebab ianya mudah didapati pada ketika ini. Ianya menjadi semahal RM2800 apabila syiling 50 sen 1969 security edge itu mempunyai gred yang tinggi dan pada ketika ini amat sukar untuk mendapatkannya. Sila baca info lebih lanjut mengenai duit syiling ini di dalam artikel; 50 sen berparit 1967, 1968 dan 1969.


Kredit Informasi dari  www.malaysiacoins.com.. Aku pun mula mengumpul duit syiling ni yang banyak dapat duit syiling 1 sen parlimen dengan 50 sen berparit.. tak tinggi lagi harga tu.. huhuhu sekian

Selasa, 23 Disember 2014

Banjir...

Salam Dah lebih seminggu hujan tidak berhenti di Pekan Pahang.. Banyak kawasan yang telah dinaiki air.. Sungai yang faberet adalah Sungai Belat... Antara Lokasi yang telah dinaiki air


Ni Di Maran..


Jengka


Kuala Lipis

Ni pulak kat Panching Kuantan Semoga Hujan akan berhenti.. aku nak balik nogoghi ni huhuhuh..

Khamis, 11 Disember 2014

DIY - Jus Aloe Vera

Assalamualaikum..

Malam tadi aku siang pokok Aloe Vera yang diberi oleh profesor kat tempat aku keje. Dia kata benih pokok tu berasal dari Amerika. Tak pernah pun buat lagi jus aloe vera ni tapi aku try jugak buat malam tadi..


Ini la pokok aloe vera tuh.. memang besar gabok giler laa


Setelah kiri dan kanan dipotong dengan pisau, 


Aku keluarkan isinya dengan menggunakan pengupas lobak tu.. hiris sume yang warna hijau tu dan kemudian dapatlah hasil seperti di atas


Aku siang lebih kurang dalam 3 batang daun dapat satu tapis gini.. memang puas hatila isinye banyak kalau dibandingkan dengan daun lidah buaya kampung.. satu lagi lendir kuning dia memang tak de.. so memang patut pun baka jenis ni yang digunakan untuk membuat minuman tuh..

Setelah disiang keseluruhannya aku masukkan di dalam balang dan letak dalam peti sejuk.. Ingat malam ni nak blend letak air gula dan minum dengan jus limau.. memang terbaik untuk kesihatan.. so to be continue...




Isnin, 8 Disember 2014

SBDJ- DRAMA BERSIRI SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

Assalamualaikum

Haa sekarang ada drama bersiri dah SBDJ ni.. Drama tu ditayangkan di astro MAYA HD 134.. (sebab aku ada HD so aku bagi channel HD la.. huhuh belagak)..

Pelakon Utama SBDJ adalah
Datuk Rahim Razali - Datuk/Long Piah
Mohd Fikrie Aiman - Tamar (Muda)
A.Galak - Tamar (Tua)
Pekin Ibrahim - Tamizi
Octavia Manrose - Mawar (Orang Bunian
Noryati - Nenek 


Isnin, 24 November 2014

Teratak Aku - Pembinaan Taman Mini

Assalamualaikum

Setelah duduk selama beberapa bulan di rumah sendiri, tercetus keinginan untuk membina taman mini sendiri. Yang menjadi masalah sekarang adalah rumah aku masih belum ada pagar lagi.. jadi memang binatang seperti lembu, kambing serta vavi bebas berkeliaran di sekeliling rumah.. huhuhu.. Jadi inisiatif yang ada adalah membina pagar berskala kecil untuk menempatkan taman miniku nanti..

Modal..

Disebabkan oleh suamiku tahu untuk membuat pagar biasa-biasa jadi dia menjadi kontraktor untuk projek ini.. Modal diperlukan untuk membeli kayu sahaja.. sebab besi memang ada banyak kat rumah aku ni.. maklumlah suami ku kerja sendiri jadi banyak yang boleh direcycle untuk kegunaan sendiri.

Ilham

Sebelum memulakan sesuatu projek, kita perlukan perancangan dan ilham untuk menjayakan taman mini ini adalah berpandukan kepada carian-carian google. Yang paling menarik perhatian aku adalah seperti gambar di bawah.. Cantik dan kemas kan? kalau tak dapat tiru seratus peratus ada kayu kayu sikit pun jadilah..


Ini adalah tapak projek yang telah dikenap pasti. kelihatan pokok sepit udang yang segan hidup mati tak mahu....



Kerangka besi untuk meletakkan papan perlu dibina bagi menghasilkan pagar yang kelihatan rapi.



Setelah itu kayu perlu di drill pada besi berkenaan.. Untuk menjimatkan kos kayu pallet telah dipilih untuk pemilihan pakar berkenaan.. Kayu pallet ini sangat murah dan memandangkan di sini terdapat kilang kereta memang senang sangatlah nak dapat kayu pallet yang berkualiti. 





Kayu-kayu pallet itu dipotong serong-serong untuk mendapatkan effect runcing berkenaan kemudian di cat berwarna coklat gelap.

Sekian untuk entry kali ni.. Bye..






Teratak Aku - Tanggal 31 Januari 2014

Assalamualaikum..

Pada tanggal ini adalah tarikh permulaan aku duduk kat rumah aku.. tanggal ini jugak adalah tarikh cukur jambul Uzma Az Zahraa.. Boleh bayangkan time tu nak kenduri time tu baru nak duduk kat rumah.. betapa tunggang langgang nye la rasa.. Mak aku ngan mak su aku dari Rembau pun ada datang sama.. rumah aku tak berapa nak siap lagi.. cat pun putih je semua tu pun ada lagi beberapa part kat luar rumah yang tak cat.. huhuhu .. sabar je la kan apa-apa pun Alhamdulillah walaupun dalam serba kekurangan aku dapat jugak menjalankan kenduri tu..

Ni la gambar time Uzma cukur aritu.. tikar tu aku pinjam kat umah mak mertua aku.. huhuhu.. 
Sekian untuk entry kali ni yek..


Jumaat, 21 November 2014

Teratak Aku - Kos Nak Masuk Elektrik dengan Air

Assalamualaikum

Masuk Elektrik 

Haa.. Rumah bila rumah dah siap macamana pulak dengan Wire ring yek.. Nasih baik la kawan husban kita pun ada lesen Chargeman dan boleh buat Wire Ring kat umah aku.. Lagi sekali safe sikitla bajet.. Untuk makluman korang kos wirering ni je boleh makan sampai RM2500.. sebab kat luar sana mereka akan charge post untuk fius dan plak ni.. satu pont plak akan makan jugak RM 20 -RM 30 so kalau buat sendiri dah berapa dah aku jimat kan.. Itu belum lagi masuk kos nak bayar kat TNB untuk masuk meter.. mahu jugak RM 800 kurang kurang.. Ditambah pula rumah aku ni tak de pelan rumah yang diikhtiraf oleh jurutera.. Aku je la yang jadi jurutera tu..  Lagi sekali member husband aku ni pun boleh pakai orang dalam untuk menyelesaikan kes dekat TNB tu jadi keseluruhan kos yang aku kene bayar adalah RM 1,500.00 tu termasuk beli wayar, plug, fius, suis, duit upah, duit kopi, duit bayar orang itu dan ini..  Alhamdulillah.. nasib baik rumah aku bleh masuk elektrik klu tak pakai lilin je la aku.. huhuhu.

Masuk Air

Rupa-rupanya masuk air pun banyak kos jugak.. waaa... duit lagi?? pegi kat PAIP kurang kurang kene ada RM 1,200.00 untuk masuk meter air.. waaa.. tu tak masuk lagi bayaran nak beli paip hitam yang besar untuk disambung dari rumah aku ke meter paip besar.. Sekali lagi ada member husband menjadi penyelamat dia kata kenapa tak pakai kuota kesihatan.. Macam mana tu??... Ok korang bayangkan pejabat kesihatan pergi melawat kampung kampung di pedalaman dan tengok orang pedalaman pakai air perigi. Jadi mereka boleh suggest kat makcik/pakcik tu untuk isi borang kuota kesihatan tu dan mohon untuk dapatkan mereka air paip yang bersih, sekali dengan paip-paip hitam tu free.. Jadi kos yang aku kene bayar sekali dengan bayar kat PAIP untuk meter air adalah RM 500 sahaja termasuk kos upah orang kesihatan yang gali paip tu.. Syukur lagi...

Macam tu la suka duka orang nak buat rumah bukan senang tapi kalau dah buat memang rasa amat bersyukur kerana tak perlu bayar lebih dari orang lain.. tak kisahlah rumah kita tu tak berapa nak lawa janji kita tak terbeban dengan hutang yang melampau dan lebih terjamin pada masa hadapan.. so tu je la untuk entry kali ni.. babai..

Teratak Aku - Dah Nak Siap Dah

Assalamualaikum..

Aku nak bercerita progress rumah aku dari bulan Disember 2012  sampai Bulan Ogos 2013. Biarlah gambar yang bercerita..





Ni dapur dan Table Top Rumah aku saje je aku pilih marmar hitam pada Table Top tu sebab aku bukan rajin sangat nak sental hehehe. Bagi marmar lantai dapur aku tu aku pilih kaler kelabu supaya tak nampak kotor... sebab aku ni pemalas.. bleh gitu..


Ni gambar ruang tamu depan aku.. Lantai aku pilih kaler coklat.. sebab cam biasa laa kan aku bukan rajin hehehe

Ni pulak gambar dari dalam bilik aku ke ruang tengah. nampak tak orang-orang tengah buat kerja kat pintu keluar tu.. yang baju biru tu husban aku tengah pasang marmar kat pintu


Ni gambar dalam bilik aku saje je pilih kaler ungu dengan kelabu


Ni di ruang tamu pertama


Aku ambik gambar ni kat ruang tamu tengah yang pink purple tu bilik ica ngan jazeera yang belakang tu dapur


Ni gambar dalam bilik air belakang.. Untuk pengetahuan rumah aku ni ada kolah.. Sebab aku yang mintak buat.. best mandi guna air kolah dari guna air hujan kan.. 


Ruang tamu 1 dan 2 aku pakai downlight macam ni.. tak kisahla tak pakai siling simen lepar pun kan janji aku nak gak downlight ni.. hehehe


yang ni gambar rumah aku dari site kiri dan kanan.. masa ni porch dah siap dah.. duit pun makin nak abis.. huuhuhuu... 


Sekian untuk post kali ini.. bye...